Agensi Park Eun Bin nafi minta bayaran RM1 juta setiap episod drama - Utusan Malaysia

Agensi Park Eun Bin nafi minta bayaran RM1 juta setiap episod drama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Agensi bakat pelakon Korea Selatan, Park Eun Bin, Namoo Actors, menafikan spekulasi kononnya pelakon itu meminta kadar bayaran yang terlalu tinggi untuk membintangi sebuah drama.

Berdasarkan khabar angin yang tersebar di Korea, Park meminta bayaran sekitar 250 juta (RM 885 ribu) sehingga 300 juta won (RM1 juta) ketika ditawarkan berlakon dalam drama terbaru, Hyper Knife.

Bukan itu sahaja, pihak penerbit, Blaad Studio juga dikatakan sudah bersedia untuk membayar harga berkenaan kepada Park.

Dalam satu temu ramah bersama media tempatan, wakil syarikat penerbitan drama Hyper Knife, mengakui memang berlaku perbincangan dengan pihak Park Eun Bin.

Namun begitu, laporan mengenai jumlah bayaran sebanyak 300 juta won setiap episod adalah tidak benar sama sekali.

“Memang benar kami sedang melakukan perbincangan dengan Park Eun Bin. Semuanya masih di peringkat persiapan dan kami belum menandatangani apa-apa kontrak.

“Kami hanya bertemu sebanyak dua kali untuk berbincang, namun masih belum ada jumlah pembayaran diputuskan secara terperinci,” katanya.

Hyper Knife merupakan drama bersiri jenayah dengan genre thriller mengisahkan seorang doktor dan seorang pembunuh yang bertemu semula. Pertemuan itu mempunyai kaitannya dengan guru mereka.

Skrip cerita ini ditulis oleh Kim Seon Hee yang diadaptasi daripada webtoon popular bertajuk ‘Bangjungsa’.

Park Eun Bin ditawarkan memegang karakter Jung Se Ok, seorang doktor psikiatri yang mengkaji otak manusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN