Saya sendiri tak sangka, Liza juga beri persembahan hebat - Jaclyn Victor - Utusan Malaysia

Saya sendiri tak sangka, Liza juga beri persembahan hebat – Jaclyn Victor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya minta maaf, saya sayang Liza dan semua peserta.”

Demikian jawapan awal penyanyi, Jaclyn Victor tatkala dimaklumkan tentang perbalahan kelab peminatnya dan Liza Hanim di aplikasi X semalam.

Jaclyn yang berjaya merangkul trofi All Stars Gegar Vaganza (ASGV) berkata, setiap perserta telah memberi yang terbaik termasuk Liza sendiri.

“Namanya pertandingan, saya berserah sahaja apabila berada di atas pentas. Apa pun jadi, saya serahkan. Siapa pun menang, saya akan gembira.

“Liza memberikan persembahan yang cukup hebat. Mungkin ini rezeki saya. Ada kriteria-kriteria yang dilihat juri.

“Tetapi apa yang penting, saya berharap agar peminat dapat melihat nilai persahabatan kami. Semua peserta saling menyokong,” katanya.

Riuh di media sosial semalam apabila segelintir warganet mempertikaikan kemenangan penyanyi Gemilang itu dan mengharapkan agar kejuaraan menjadi milik Liza.

Ketika ditemubual, Liza yang meraih kedudukan keempat bagaimanapun tidak pernah menjadikan kejuaraan sebagai sasaran untuknya dalam pertandingan.

Sebaliknya jelas Liza, dia hanya mahu memberi yang terbaik untuk peminat yang selama menghargai dan menyokong kerjaya seninya.

Sementara itu, Jaclyn berkata, pemilihan konsep persembahan di atas platform berketinggian lapan kaki semalam adalah untuk mencabar diri sendiri melakukan sesuatu yang berbeza.

“Gayat dan bayangkan bila ada penari di bawah, platform itu bergoyang-goyang. Takut tetapi saya mahu sesuatu yang berbeza.

“Begitu juga dengan pemilihan lagu duet tersebut, saya mahu mencabar diri,” ujarnya yang memilih When You Believe (nyanyian asal Mariah Carey dan Whitney Houstan) sebagai taruhan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya