Tak berani cakap nak ‘tutup kedai’ - Nadia Aqilah - Utusan Malaysia

Tak berani cakap nak ‘tutup kedai’ – Nadia Aqilah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mempunyai pandangan yang berbeza mengenai zuriat, pelakon, Nadia Aqilah, 38, mengakui selesa dikurniakan dua anak sekarang yang menjadi penyeri hidupnya bersama suami, vokalis kumpulan Seven Collar T-Shirt, Saiful Ridzuan Sharafuddin.

Menurut Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Aqilah Bajuri, dia bukan menolak rezeki namun sedar bukan mudah untuk membesarkan anak memandangkan banyak aspek perlu diutamakan termasuk kos yang tinggi.

“Tidak dinafikan, anak itu memang satu rezeki. Namun, untuk membesarkan anak, bukan senang. Sekarang pun, kita semua tahu, kos pendidikan pun tinggi dan bermacam-macam lagi dalam usaha nak berikan yang terbaik untuk anak-anak.

“Sebab itu, bila ditanya sama ada saya ada hasrat nak tambah anak lagi, saya lebih selesa mengatakan cukuplah ada sepasang yang Allah SWT sudah kurniakan kepada saya dan suami.

“Namun itu tidak bermakna saya tolak rezeki jika Allah nak berikan lagi. Malah, tak berani juga nak cakap nak tutup kedai dah. Kita serahkan sahaja kepada-Nya,”katanya.

Nadia berkata demikian semasa ditemui pada majlis tayangan filem MagiK yang diarahkan oleh Yasu Tanaka dan Bea Tanaka di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Selain itu, Nadia mengakui dia gembira menjalani kehidupan harian sebagai seorang ibu dan berikutan itu selagi mampu pelakon ini cuba menyusun jadual kerjanya dengan baik bagi membolehkan lebih banyak masa bersama dengan anak.

“Saya cuba selagi boleh untuk tak mempunyai jadual kerja yang padat. Malah, saya yang tetapkan syarat untuk tidak terlalu lama di set penggambaran. Sekarang pun anak kedua masih menyusu badan, jadi saya kena lebih banyak masa di rumah.

“Kita pun perlu keseimbangan dalam kerja. Kenalah bataskan dalam menerima tawaran,” jelasnya.
Untuk rekod, Nadia mendirikan rumah tangga dengan Saiful Ridzuan pada April 2018 dan memiliki sepasang cahaya mata iaitu Senja Aqilah, 4, dan Aria Bayu, lima bulan.

Bercakap mengenai filem MagiK, Nadia meluahkan rasa teruja kerana diberi kesempatan untuk mempelajari bahasa isyarat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya