Saya tak nak kata boikot atau apa, takut tersalah cakap - Fasha Sandha - Utusan Malaysia

Saya tak nak kata boikot atau apa, takut tersalah cakap – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Pelakon Fasha Sandha, 39, selesa untuk tidak memberikan komen berkaitan isu boikot susulan konflik yang berlaku antara Israel dan Palestin.

Menurut pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, tindakan itu dilakukan bagi menjaga hati semua pihak selain menganggap isu terbabit terlalu subjektif untuk dibahaskan.

“Saya tak nak kata boikot atau apa, takut tersalah cakap. Banyak hati perlu dijaga, sama ada pihak yang memboikot dan pihak yang tidak memboikot.

“Banyak pihak terlibat dalam isu ini, ada pekerja yang menanggung keluarga dan sebagainya. Kalau ramai yang suruh pekerja berhenti, tak semudah yang disangka untuk mencari pekerjaan baharu dalam keadaan ekonomi sekarang.

“Banyak aspek yang perlu saya teliti sebelum memberi komen, jadi lebih baik saya tak berikan sebarang komen,” katanya.

Fasha ditemui di majlis pelancaran butik Alfaro x Fasha Sandha di Seksyen 7, Shah Alam.

Selain itu, ulas pelakon ini lagi, dia juga percaya setiap individu wajar meneruskan hidup masing-masing meskipun pada masa yang sama bersolidariti bersama Palestin.

“Saya juga hairan ada yang tinggalkan komen mengaitkan isu Palestin di foto saya menghadiri kenduri kahwin dan sebagainya. Pada saya, hidup perlu diteruskan tetapi jangan berhenti mendoakan Palestin.

“Kita tak boleh terlalu taksub sampai menjejaskan kehidupan seharian kita. Semua orang ada pendapat mereka, saya tetap mendoakan mereka.

“Jangan berhenti berdoa tetapi kehidupan memang kena diteruskan. Saya percaya, setiap individu ada cara tersendiri untuk menzahirkan solidariti terhadap Palestin,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pelantikannya sebagai duta pakaian muslimah AL Faro , Fasha berkata, pembukaan cawangan baru menunjukkan AL Faro berada di landasan perniagaan yang betul dan sebagai duta, dia akan terus bekerjasama dalam memajukan lagi jenama ini.
 
“Alhamdulillah, saya gembira melihat rangkaian baharu AL Faro di Shah Alam, dan baru-baru ini di Times Square. Bila dah tambah cawangan maksudnya perniagaan makin lama makin maju,” katanya.
 
Ditanya pula mengenai kepercayaan jenama-jenama popular yang percaya kehadiran Fasha sebagai duta dapat melariskan produk yang dijual, Fasha menyifatkan dia hanya memberi komitmen sepenuh hati kerana turut teruja dalam membantu membangunkan perniagaan yang diwakilinya.
 
“Jika orang kata produk yang saya pegang akan laris, syukur Alhamdulillah. Sebagai duta, seperti biasa saya akan beri lebih 100 peratus komitmen. Saya seorang yang ‘all out’ dan pada saya bila kita tak kedekut dan bahi lebih daripada sepatutnya, ia adakah perkara yang terbaik untuk jenama itu sendiri.
 
“Saya mahu bekerjasama dengan jenama yang saya wakili itu bersungguh-sungguh dan secara tak langsung kita sukses Bersama,” ujarnya.
 
Selain boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman web www.alfaro.com.my

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya