Kalau berlakon ‘grad C’, jangan minta harga ‘grad A’ - Ayu Puteh - Utusan Malaysia

Kalau berlakon ‘grad C’, jangan minta harga ‘grad A’ – Ayu Puteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Penerbit, Datuk Ayu Puteh, mengkritik tindakan sesetengah pengurus yang sengaja meletakkan harga tinggi yang disifatkan tidak sepadan dengan mutu lakonan artis jagaan mereka.

Dedah Ayu, atau Normashayu Puteh, 45, ada pengurus yang tidak sedar diri meminta bayaran sama banyak dengan pelakon kelas atasan, sedangkan artisnya baru sahaja setahun jagung di dalam industri lakon layar.

“Mungkin pengurus itu tidak sedar diri sebab sudah terbiasa jaga artis ‘top’. Jadi, dia terbawa-bawa cara yang sama untuk artis baharu sebab mungkin pelakon itu cantik, lawa dan kacak. Dia pun meletakkan nilai seseorang artis dengan ukuran itu.

“Jangan silap, penerbit tidak tengok fizikal artis semata-mata. Kalau kacak tapi lakonan kayu, harganya tetap sahaja macam ‘fresh grad’.

“Baru meletup satu drama sudah minta harga tinggi. Jika artis kamu baru, dia tetap ‘grad C’. Tak boleh minta bayaran seperti artis ‘grad A’. Sabarlah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut Ayu yang juga pemilik Pencil Pictures, sudah menjadi lumrah untuk para pelakon bermula dari bawah dan belajar selok-belok dunia lakonan sebelum meletakkan harga secara semberono.

“Jika mahu jadi pelakon, janganlah teragak-agak untuk bermula dari bawah seperti bawa watak ‘extra’. Belajar dahulu menjiwai watak. Ini tidak, lontar dialog pun terasa kosong.

“Bila sudah makin baik dan dibuktikan dengan beberapa kejayaan, barulah sedar diri untuk naikkan harga lebih tinggi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN