Individu Indonesia ugut mahu culik anak Nabila Huda - Utusan Malaysia

Individu Indonesia ugut mahu culik anak Nabila Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon terkemuka tanah air, Nabila Huda,39, mendedahkan, dia menerima ugutan daripada seorang individu dipercayai rakyat Indonesia yang membuat dakwaan rambang dan mengaitkan pelakon ini dengan tuduhan mencuri budaya negara mereka.

Dedah Nabila atau nama sebenarnya, Nabila Huda Suhaimi, individu terbabit berani berbuat demikian di media sosial dengan mengugut mahu menculik anak perempuannya, Keisha Laila.

“Nabila Huda adalah ‘claimer’ nombor satu, pencuri budaya Indonesia!

“Saya akan culik anak awak kalau awak masih ‘claim’ tentang budaya Indonesia,” tulis individu berkenaan di laman X.

Dalam pada itu, Nabila turut meminta pandangan pengikutnya bagaimana cara terbaik untuk memberi respon terhadap ugutan dibuat terhadapnya itu.

Bagaimanapun akaun individu itu tidak dapat diakses selepas diletakkan dalam mod privasi dipercayai bagi mengelak diserang warganet dan peminat aktres popular tersebut.

Sementara itu, warganet yang menganggap perkara itu sebagai isu yang serius turut menyarankan Nabila membuat laporan polis demi keselamatan diri dan keluarga.

Malah ramai mengecam tindakan individu terbabit dan berpendapat dia buta sejarah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya