Doktor saran jalani pembedahan jika sakit masih berlarutan - DJ Lin - Utusan Malaysia

Doktor saran jalani pembedahan jika sakit masih berlarutan – DJ Lin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyampai radio Suria FM , DJ Lin memaklumkan, batuk dan selesema yang dialaminya sejak sebulan lalu menyebabkan dia kini terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur sejak Sabtu lalu.

Menurut DJ Lin,dia hanya mengambil ubat-ubatan dari klinik tanpa melakukan pemeriksaan lanjut meskipun keadaan itu sudah berlarutan lama.

Bagaimanapun, kata DJ Lin, dia terus dibawa ke hospital berkenaan selepas kesukaran bernafas ketika di rumahnya pada Sabtu lepas.

“Rasanya sepanjang sebulan lepas saya asyik ulang-alik ke klinik. Doktor ada berikan surat rujukan untuk berjumpa pakar, tetapi saya yang tetap berdegil.

“Saya rancang untuk jumpa pakar selepas selesaikan beberapa tugas. Tetapi Sabtu lepas saya rasa sukar bernafas dan anak terus bawa ke hospital,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

DJ Lin masih berada di hospital berkenaan bagi meneruskan sesi rawatan menghilangkan lendir pada paru-paru dan dijangka akan dibenarkan keluar esok.

Tambah DJ Lin doktor juga menyarankan untuk dia menjalani pembedahan sekiranya masalah sama masih berulang di masa akan datang.

“Pembedahan adalah jalan terakhir kalau penyakit ini tidak sembuh. Buat masa sekarang saya hanya diberi ubat selain bantuan untuk cairkan kahak.

“Saya memang rasa tidak selesa apabila sakit tekak begini. Maklumlah sebagai penyampai radio suara akan terganggu apabila berdepan masalah sebegini,”katanya.

Dalam masa sama DJ Lin turut meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat meraikan sambutan Ulang Tahun ke-16 stesen Suria FM semalam.

Sementara itu, meskipun dalam keadaan sakit, dia tetap memikirkan tugasan yang tertangguh dan akan segera kembali bekerja selepas dibenarkan pulang.

“Kalau esok saya dibenarkan pulang, hari Isnin saya akan terus bekerja. Tidak ada masa rehat sebab saya perlu uruskan perancangan untuk tahun hadapan.

“Cuma dalam keadaan sekarang agak sedih sebab tidak dapat bersama-sama raikan ulang tahun Suria FM tempoh hari. Segala perancangan sudah dibuat di pejabat tetapi saya tidak dapat hadir,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN