Tidak mahu panjangkan isu, doakan Mawar - Utusan Malaysia

Tidak mahu panjangkan isu, doakan Mawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suami kepada pelakon Mawar Rashid, Raf Yaakob, enggan memanjangkan isu berkenaan keputusan isterinya yang tidak lagi berhijab.

Menurut Raf, keputusan Mawar adalah sangat peribadi dan lebih baik sekiranya isu ini diselesaikan antara mereka.

“Mawar telah memberi kenyataan malam tadi dan saya tidak berniat untuk memanjangkan isu ini.

“Ini merupakan hal yang sangat peribadi antara saya dan Mawar, juga antara Mawar dan Allah,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Adik kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob itu turut menjelaskan bahawa Mawar faham akan permintaannya sebagai suami.

Namun, dalam tempoh ini, Raf memohon agar masyarakat mendoakan yang terbaik buat isterinya.

“Sebagai suami, Mawar tahu apa yang saya harapkan dalam perkahwinan dan kami mahu menyelesaikan semua ini secara peribadi. Mari kita doakan yang baik-baik buat Mawar,” jelasnya.

Sebelum ini, Fazley berkata Mawar tidak berkongsi apa-apa berita atau alasan mengenai pilihannya menanggalkan hijab kepada keluarga.

Namun begitu, dia menghormati privasi adik iparnya kerana keputusan berkenaan pasti telah dipertimbangkan dengan baik oleh pelakon itu.

Mawar mencuri perhatian warganet yang prihatin dengan keadaan Mawar memuat naik gambar tidak bertudung dan menganggap dirinya sudah gagal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN