Tak maafkan Shila Amzah, Ubai 'orang luar' pun cuci kaki - Fauziah Sarman - Utusan Malaysia

Tak maafkan Shila Amzah, Ubai ‘orang luar’ pun cuci kaki – Fauziah Sarman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Setelah beberapa hari berdiam diri, ibu Shila Amzah, Fauziah Sarman, akhirnya memilih untuk bersuara mengenai sikap anak sulungnya itu selain mendakwa tidak akan memaafkan perbuatan penyanyi tersebut.

Turut memilih media sosial sebagai medium untuk mencanang perkara itu, Fauziah berkata, dia terguris hati dengan kata-kata kesat yang dilempar Shila terhadapnya hanya kerana isu mahu menjual kediaman keluarga.

Malah, kata Fauziah, dia tidak berniat menulis luahan itu hanya kerana dianggap mahu memenangkan adik-adik Shila selain menganggap sudah tidak kenal lagi siapa Nurshahila.

“Allah tahu kasih sayang seorang ibu itu sama sahaja kepada setiap anak-anaknya biar mereka hebat, kaya, degil, nakal atau sebagainya. Nurshahila memang sudah menyanyi sejak usia kanak-kanak tapi semua atas relanya sendiri bukan paksaan.

“Mungkin apa yang mak korbankan ke sana ke sini menemani Nurshahila hanya ‘kewajipan’ mak sebagai ibu. Mak bahagia dan bangga melihat kejayaan cita-cita anak yang diinginkan sejak kecil. Mungkin segala sukses itu bukan dari doa mak.

“Apakah lupa mak hanyalah seorang isteri yang taat dan menurut apa saja yang diatur oleh bapa Nurshahila? Mak kah yang mengatur ekonomi keluarga hingga duit itu dikatakan habis sampai kita sendiri tak tahu berapa keseluruhannya?

“Kita berdua hanya dihantar ke China untuk bekerja. Tanyalah diri dan kamu tahu siapa yang menghabiskannya!”katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Tidak cuma itu, Fauziah berkata, dia tidak pernah membantah keputusan Shila untuk menjual rumah keluarga kerana sedar anaknya itu merupakan penama dan pemilik rumah tersebut.

“Shila sendiri yang melabel rumah tersebut sebagai ‘rumah pusaka’. Mak sedar diri yang rumah itu atas nama anak mak yang popular.Tak perlu mengingatkan mak berkali-kali tentang itu kerana terserah kepada Nurshahila buat apa saja.

“Walau tahun lepas abah lari, Nurshahila pernah cakap yang ‘mujur rumah ini atas nama Shila, biarlah kekal jadi rumah pusaka mak tinggalkan sampai bila-bila, jangan kisah abah tak ada, orang (Shila) boleh sara mak’. Ini janji Shila pada mak.

“Disebabkan rumah pusaka ini juga tergamak Shila mengeluarkan kata-kata kesat pada mak. Tak tergamak mak nak tulis kata-kata itu. Allahu Akbar. Ya benar memang Shila tak halau mak tapi kata-kata Shila mak faham,” katanya.

Pada masa yang sama, bekas isteri penyanyi Datuk ND Lala ini juga menyindir suami Shila, Ubai, dan melabel lelaki tersebut sebagai orang luar selain didakwa mula menunjukkan sisi sebenar selepas memiliki Shila.

“Untuk ‘orang luar’ yang pernah mak tatang bagaikan anak sendiri, terima kasih melayan mak begini. Untuk ‘orang luar’ yang baru memiliki Nurshahila terima kasih membuat kesimpulan yang hanya memenangkan diri kalian.

“Kita tiada beza, awak juga cuci kaki masuk rumah. Hati mak memang sudah dikisar halus. Mak bersuara demi maruah mak. Banyak rahsia yang mak simpan sorok selama ini demi namamu sebagai bintang popular,” katanya.

Bagaimanapun, selepas memuat naik hantaran tersebut, Fauziah didapati telah memadamnya di media sosial.
Terdahulu, sejak beberapa hari lalu media sosial kecoh apabila anak bongsu Fauziah dan ND Lala, Syada memuat naik status mempersoalkan rumah yang didiaminya bersama ibu mahu dijual.

Dia turut meluahkan kekecewaan apabila menyamakan situasinya seperti haiwan jalanan yang tidak mempunyai rumah.

Pergolakan keluarga itu semakin panjang apabila adik lelaki Shila, Amir Syafiq pula tampil mendakwa kakaknya bersikap biadab terhadap ibu mereka.

Bagaimanapun, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah tampil membidas kenyataan adik-adiknya dan berharap mereka menyimpan rapi urusan dalam kain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya