Saya dah tak boleh diam, orang macam ini memang tak sedar- Shila Amzah - Utusan Malaysia

Saya dah tak boleh diam, orang macam ini memang tak sedar- Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kecewa dengan tindakan adik lelakinya, Amir Syafiq Amzah, penyanyi, Shila Amzah, meluahkan perasaan bahawa dia sudah penat dengan ‘drama’ atau kontroversi yang berlaku membabitkan ahli keluarganya.

Kata Shila atau nama sebenarnya Norshahila Amir Amzah, dia tidak menyangka, keputusannya untuk menjual rumah yang didiami keluarga telah menyebabkan satu persatu tohmahan tidak benar dilakukan oleh adik-beradiknya sendiri.

Menurut Shila, dia malah tidak menyangka, setelah banyak berkorban demi keluarga selama ini, dia akhirnya ‘dicop’ sebagai seorang kakak sulung yang tidak bertanggungjawab.

“Saya dapat banyak mesej daripada Amir yang asyik salahkan Shila. Orang macam ini dia tidak sedar, selalu tuding jari dekat orang lain.

“Padahal tangan ini yang gosok baju sekolah mereka, tangan ini yang basuh, kapur kasut sekolah.

“Saya dah terlalu penat nak hadap ni semua, tapi sebab mereka dedahkan saya dah tak boleh diam,” katanya dalam satu siaran langsung di Instagram petang tadi.

Bercakap mengenai keputusannya mahu menjual rumah didiami ibu dan adik-beradik lain, Shila menjelaskan,hasratnya itu telah dipersetujui oleh ibunya, Fauziah Sarman.

“Saya jumpa ibu hujung minggu lepas. Saya cakap realtor akan datang. Ibu setuju untuk saya jual rumah.

“Ibu saya minta rumah teres dan fikirkan adik-adik iaitu Amir Syafiq dan Syada. Saya yang berhak untuk pilih rumah mana yang sepatutnya,”katanya.

Sementara itu, dalam satu hantaran lain di Instastory, Shila menepis dakwaan yang dibuat Syafiq yang mendakwa dia lebih mementingkan duit daripada keluarga.

Shila berkata apa yang didakwa adiknya itu adalah semata-mata satu pembohongan dan kisah dongeng.

“Kau guna nama kakak kau untuk perhatian dan nak terangkan kebenaran yang kau cipta sendiri untuk menambah rasa sedap pada kisah dongeng yang kau buat sendiri?” soalnya.

Sebelum ini, isteri kepada personaliti media sosial Ubai ini menafikan yang dia menghalau ahli keluarga dari kediaman miliknya.

Shila menjelaskan, tindakan dia menjual rumah tersebut kerana mahu menyediakan sebuah rumah lain yang lebih selesa untuk didiami keluarganya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya