Bekas isteri Hafidz Rosdi tunjuk gambar didukung abang pula - Utusan Malaysia

Bekas isteri Hafidz Rosdi tunjuk gambar didukung abang pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bekas isteri pelakon, Hafidz Rosdi, Nurul Shuhada, sekali lagi meraih kecaman netizen apabila dia berkongsi pula gambar dirinya didukung oleh abang kandung di media sosial.

Menerusi hantaran gambar tersebut, Shuhada atau nama sebenarnya, Nurul Shuhada Mat Shukri, dipercayai sengaja berbuat demikian bagi menggantikan gambar terdahulu yang memaparkan ‘adegan’ dia didukung bekas suaminya.

“Kalau macam ini okay tak? Done terapung. Baju sama, orang yang sama.Berat je yang berbeza.

“Dulu dukung kushh semangat. Ini ialah satu-satunya abang kandung saya dunia dan akhirat,”katanya merujuk kepada lelaki yang mendukung dirinya di dalam gambar tersebut.

Terdahulu, Nurul Shuhada dikecam ramai pengikut Instagram (IG) apabila berkongsi foto menampakkan dirinya didukung jejaka yang ditutup wajah dengan emoji dipercayai Hafidz.

Rata-rata pengikut IG meninggalkan komen tidak bersetuju dengan tindakan Nurul Shuhada memaparkan foto berkenaan termasuk ada yang mendakwa wanita itu masih belum ‘move on’ selepas berpisah.

Mengakui terkesan dengan kata negatif yang dilemparkan, Nurul Shuhada memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik buatnya yang kini berusaha seorang diri membesarkan dua cahaya mata.

Pada masa yang sama, selepas mengetahui perkara tersebut, aktor berkenaan telah meminta Nurul Shuhada segera memadam gambarnya yang dijadikan kandungan promosi produk wanita dalam media sosial.

Untuk info, Nurul Shuhada dan Hafidz bernikah pada 30 April 2016 namun memilih untuk berpisah pada 27 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6, dan Umar, 2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN