Bahasa saya kasar? Mereka itu layak terima cercaan lebih dari itu lagi - Neelofa - Utusan Malaysia

Bahasa saya kasar? Mereka itu layak terima cercaan lebih dari itu lagi – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Selebriti popular, Noor Neelofa, menganggap teguran segelintir pihak terhadap tulisannya di Instagram yang menghentam kekejaman zionis dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sebagai tidak wajar.

Mempertahankan tulisannya yang dikatakan menggunakan bahasa yang agak kasar, Neelofa bagaimanapun teguh dengan prinsipnya untuk tidak membuat sebarang penggubahan.

“Ada orang tegur saya di media sosial dan katakan, bahasa yang saya gunakan untuk menghentam Perdana Menteri Israel dan tentera zionis itu kasar sangat.

“Kalau ikutkan perasaan, rasa nak tulis guna bahasa lagi teruk lagi daripada itu. Bagi saya, golongan seperti itu, dengan segala kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, mereka layak menerima cercaan lebih daripada itu lagi! “katanya.

Neelofa berkata demikian semasa ditemui pada sidang media Pelancaran Minuman Sharob yang mendapat kerjasama antara syarikat Nunha dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Turut hadir ke majlis berkenaan ialah, Pengerusi Lembaran YADIM Sdn Bhd, Prof Madya Dr. Adi Anuar Azmin, Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Muhamad Razak Idris dan Ketua Pegawai Eksekutif Nunha, Muhammad Haris Mohd Ismail.

Selain itu, jelas Neelofa, sebelum memuat naik hantaran berkenaan di media sosial, dia juga terlebih dahulu mendapatkan pandangan daripada suaminya, Haris.

“Sebelum saya ‘post’, saya tunjuk dahulu pada Haris. Dia kata okey baru saya muat naik. Nak fikir kena kecaman orang? Kalau saya risau atau tak yakin, saya tak akan muat naik tulisan itu.

“Bagi saya, kita sebagai umat Islam kena bersuara mengenai kezaliman yang dilakukan pihak zionis dan Israel ini terhadap rakyat Palestin.

“Sekarang ini pun semakin ramai orang bukan Islam turut sedar dan sama-sama suarakan mengenainya.

“Tetapi, jangan kita sebagai orang Islam nak tunggu mereka bersuara dahulu baru nak buat. Jangan takut untuk bersuara,”katanya.

Terdahulu, Neelofa telah memuat naik satu hantaran dengan gambar Benjamin Netanyahu di Instagram selain menghentam tindakan zalim Perdana Menteri Israel berkenaan termasuk tentera zionis.

“Kongsikan kepada dunia bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ini merupakan penjenayah perang. Apa yang dilakukannya terhadap keluarga, bayi-bayi, kanak-kanak, golongan wanita dan lelaki di Gaza adalah satu pembunuhan beramai-ramai, satu jenayah.

“Inilah wajah yang menghiasi neraka jahanam. Wajah laknatullah. Penghulu kepada segala *bfis . Ya Allah lemparkanlah azabMu yang terkutuk pada syaitan bertopengkan manusia ini.

“Kau berikanlah ganjaran pahala syurga tertinggi buat umat Islam Palestin Ya Allah,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya