Tangan Azhan Rani kebas, muntah-muntah - Utusan Malaysia

Tangan Azhan Rani kebas, muntah-muntah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Azhan Rani hampir dibawa turun daripada meneruskan pendakian di Gunung Kinabalu selepas mengalami Akut Gunung atau Acute Mountain Sickness (AMS).

Menurutnya, itu merupakan kali pertama dia mendapat simptom berkenaan walaupun sudah tiga kali menakluk gunung tertinggi di asia itu sebelum ini.

“Kali ini saya diserang simptom Acute Mountain Sickness membuatkan saya muntah-muntah, tangan jadi kebas walaupun sudah pakai tiga lapis sarung tangan.

“Mereka dah siap nak bawa saya turun. Tapi saya baring, tidur sekejap, kemudian barulah saya kembali meneruskan pendakian,” katanya.

Azhan Rani ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media dan tayangan perdana filem Tebus baru-baru ini.

Bercerita lanjut mengenai pendakiannya, kurang latihan dan tidak mendapatkan rehat yang cukup menjadi faktor pelakon drama Nur itu ‘pancit’ di tengah pendakian.

“Stamina saya tidak kuat berbanding orang lain. Saya tak cukup kerana menjaga emak dan melakukan penggambaran. Malah, Kerana urusan kerja, saya juga tak dapat mengikuti sesi latihan bersama pasukan.

“Semua sukan ada risiko tapi kena tahu dengan pasukan mana kita pergi. Kena ada ilmu,” katanya.

Bagaimanapun, Azhan Rani merancang untuk mendaki puncak Gunung Island di Nepal dengan ketinggian 6189 meter dari aras laut pada Februari tahun hadapan.

Dalam perkembangan lain, Azhan Rani muncul di filem terbaru platform penstriman over the top Amerika Syarikat, iaitu Prime Video bertajuk Tebus.

Muncul sebagai watak antagonis bernama Bakar, katanya, Tebus menceritakan bagaimana kaedah perpindahan jantung boleh dilakukan menerusi pasaran gelap.

“Banyak tawaran filem yang saya dapat memang kebanyakkannya watak penjahat. Saya kena jalankan tanggungjawab itu kerana ia menandakan kepercayaan pengarah terhadap saya.

“Namun jika diberi peluang saya ingin cuba benda lain dengan karakter yang berbeza,” tambahnya.

Turut sama memeriahkan filem Tebus ialah Aedy Ashraf, Ahirine dan Idan Aedan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN