Baru-baru ini, tiba-tiba sahaja kawan Poklip bertanyakan soalan. Betul ke pelakon, Raysha Rizrose sedang berbadan dua? Eh bab hamil ini jangan buat main tau, soalan sensitif itu.
Kata kawan Poklip, dia ada melihat beberapa gambar Raysha yang menunjukkan seolah-olah ada baby bump. Tetapi tidak pastilah kan sama ada pelakon Dia Menantu Rahsia itu sedang hamil.
Bukan apa, kita kalau hendak tanya bab sensitif ini pun takut-takut juga. Risau jika ada yang berkecil hati dan anggap pertanyaan itu sebagai satu bodyshaming.
Mana tahu, itu hanya perut buncit selepas makan. Lagipun Raysha baru pulang bercuti di Bangkok bersama keluarganya, jadi mungkin dia banyak menikmati makanan tempatan.
Yelah, baru-baru ini pun tular kisah seorang suami yang sanggup menduakan isteri kerana tidak memiliki zuriat selepas beberapa tahun kahwin. Maka, tidak manis pula kalau tanya bab anak.
Cuma kita doakan yang baik-baik untuk adik kepada pelakon, Uqasha dan Nelydia itu. Kalau betul ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau belum, tak apa. Tuhan adalah sebaik-baik perancang.
Cakap pasal hamil ini kan, teringat pula Poklip ada satu pasangan artis ini yang bermati-matian menafikan sedang gembira bakal menimang cahaya mata. Kata mereka belum rezeki lagi.
Tapi tup-tup, beberapa minggu kemudia, elok pula umum sudah hamil empat bulan. Jadi Poklip kena scam ke ini? Tak baik scam orang tahu. Kalau betul, mengaku sahajalah. Bukankah itu berita gembira. Nak tipu pun tak beragak!