Ryan Bakery tangguh kerja gara-gara demam campak - Utusan Malaysia

Ryan Bakery tangguh kerja gara-gara demam campak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selebriti dan pempengaruh media sosial popular, Ryan Bakery, mengakui terpaksa menangguhkan beberapa urusan kerja termasuk jadual penggambaran gara-gara mengalami demam campak sejak Khamis lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ryan berkata, dia sepatutnya menjalani beberapa penggambaran dan promosi terutama selepas memenangi Anugerah Tik Tok yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada 27 Ogos lalu.

“Saya kini berada di ibu negara kerana sepatutnya saya perlu menjalani beberapa penggambaran dan juga promosi selepas menang Anugerah Tik Tok tempoh hari.

“Saya serahkan kepada syarikat pengurusan iaitu FYP Media untuk menguruskan segala kerja-kerja penggambaran yang perlu ditunda. Saya ingin memohon maaf kepada semua yang terlibat kerana perlu menunda dan membatalkan beberapa kerja,”katanya, di sini, hari ini.

Berkongsi mengenai keadaannya, kata Ryan, dia mula menyedari mengalami demam campak selepas melihat terdapat benjolan-benjolan di kepala.

“Pada awalnya saya ingat ia cuma jerawat yang nak tumbuh. Tetapi, keesokannya saya dapati ada bintik-bintik muncul di muka dan badan. Saya terkejut kerana setahu saya, demam campak ini hanya dialami seseorang sekali seumur hidup.

“Ini saya dah dua kali terkena. Agaknya saya seorang yang istimewa,”katanya.

Dalam pada itu, Ryan berkata, dia menghargai setiap permintaan peminat yang sentiasa teruja menantikan bahan kandungan terbaharu daripadanya namun memohon agar memberi sedikit ruang untuknya pulih daripada masalah kesihatan.

“Buat masa ini biarlah saya berehat terlebih dahulu dan mahu pulih sepenuhnya memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan. Paling penting, saya terharu dengan kata-kata semangat yang diberikan oleh peminat.

“Jangan risau, sebaik sahaja pulih nanti akan ada lebih banyak bahan kandungan menarik untuk mereka,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya