Joe Jonas dan Sophie bakal bercerai? - Utusan Malaysia

Joe Jonas dan Sophie bakal bercerai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi dan anggota kumpulan The Jonas Brothers, Joe Jonas,34, dikhabarkan bakal berpisah dengan isterinya, pelakon, Sophie Turner, 27.

Ura-ura itu timbul selepas kedua-duanya dilihat telah bertemu dengan peguam masing-masing dengan pada masa yang sama, Joe dan Sophie didakwa sudah lagi tidak tinggal sebumbung.

Menurut laporan media antarabangsa, sejak tiga bulan lalu, Joe juga seringkali dilihat kerap membawa anak bongsunya keluar bersama termasuk ketika sedang sibuk menjayakan konsert jelajah bersama adik-beradiknya, Nick Jonas dan Kevin Jonas.

Sebelum ini, sebuah portal antarabangsa, Page Six melaporkan, Sophie dilihat muncul memberi sokongan kepada The Jonas Brothers semasa kumpulan itu membuat persembahan di Stadium Yankee, New York, Amerika Syarikat sekitar bulan lepas.

Namun, pelakon drama popular, Game of Thrones itu dikesan tidak menyarungkan cincin perkahwinan mereka, situasi yang serupa berlaku pada Joe.

Joe dan Sophie berkahwin pada Mei 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Willa yang ini berusia dua tahun.

Bagaimanapun, nama anak kedua mereka tidak didedahkan kepada umum sejak dilahirkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN