Tidak boleh lari, itu kehendak dan demand penonton - Aeril Zafrel - Utusan Malaysia

Tidak boleh lari, itu kehendak dan demand penonton – Aeril Zafrel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tidak menolak isu lambakan drama dengan jalan cerita hampir sama sering kali menjadi bualan pemain industri, pelakon, Aeril Zafrel bagaimanapun menganggap situasi itu didorong oleh wujudnya demand daripada penonton sendiri.

Jelasnya, permintaan yang ada daripada penonton menyebabkan sesebuah stesen televisyen atau produksi tidak boleh lari daripada mengetengahkan drama bergenre sama dengan jalan cerita yang hampir selari.

“Situasi ini berlaku mesti ada sebab. Wujudnya demand dan permintaan penonton sendiri. Kita boleh cuba menerbitkan sesebuah naskhah yang berbeza daripada sebelum ini tetapi akhirnya berbalik kepada rating dan sambutan.

“Mungkin drama yang orang cakap hampir sama jalan ceritanya itu lebih mendapat sambutan. Kita tidak boleh daripada kenyataan itu. Orang kita suka dengan cerita-cerita begitu, cerita masyarakat.

“Bukan tak cuba genre atau jalan cerita baharu. Kita lihat sendiri, di pelbagai platform penstriman digital, ramai penerbit sudah berani menyajikan nashkah berbeza. Kita ada pilihan,” katanya.

Dalam pada itu, Aeril berkata, dia sendiri semakin selektif dalam memilih karya kerana mahu mencuba sesuatu yang berbeza dan lari daripada pelbagai karakter biasa yang kerap diulang tayang.

“Sekarang saya berlakon bukan untuk duit. Lebih kepada kepuasan. Saya berada di satu tahap manhu mencuba sesuatu yang berbeza. Jalan cerita yang mencabar dan ada impak tersendiri kepada penonton.

“Saya sendiri jarang berlakon drama-drama bergenre romantik komedi, banyak lagi aktor yang sesuai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya