Selektif pilih gandingan, Aeril Zafrel utamakan keserasian - Utusan Malaysia

Selektif pilih gandingan, Aeril Zafrel utamakan keserasian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selektif dalam memilih gandingan bagi sesebuah naskhah, Aeril Zafrel lebih selesa jika disatukan dengan pelakon berpengalaman supaya mudah mencari keserasian.

Jelas Aeril, jumlah pengikut di media sosial atau tempoh seseorang itu bergiat dalam industri seni bukan ukuran, sebaliknya pengalaman dan bakat adalah kriteria utama untuk dia bersetuju digandingkan bersama.

“Penting untuk saya pilih heroin. Saya lebih selesa jika pelakon itu berpengalaman. Baru atau lama, popular atau tidak, saya tidak kisah. Tetapi, bila dia ada pengalaman, mudah untuk kami mencipta keserasian.

“Bukan nak cakap saya bagus atau tidak, tetapi keserasian itu penting. Ada yang cakap, pelakon baharu menyusahkan sebab kayu. Itu bukan urusan saya. Apa yang saya tahu, sama ada serasi atau tidak,” ujarnya.

Pelakon Patahnya Sebelah Sayap itu juga tidak pernah menetapkan jumlah drama atau filem yang bakal dibintangi dalam tempoh setahun, lantaran kesibukannya sebagai usahawan.

“Saya pun tidak berlakon sangat dan agak selektif juga. Kena tengok skrip, pengarah dan pelakon. Saya ada perniagaan yang perlu diuruskan. Jadi, masa agak terhad dan perlu susun jadual sebaiknya.

“Sekarang, saya berlakon sebab minat. Cinta terhadap seni lakonan. Kalau sebab duit, tidaklah. Kita berlakon untuk kepuasan dan sebab itu perlu memilih naskhah yang mampu membuatkan kita teruja.

“Saya tidak pernah tetapkan setahun kena berlakon berapa drama atau filem. Bila dapat tawaran, kita baca dan tengok kesesuaian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN