Naskhah klise? Sesekali guna khidmat penulis skrip luar negara - Aaron Aziz - Utusan Malaysia

Naskhah klise? Sesekali guna khidmat penulis skrip luar negara – Aaron Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menyentuh tentang isu penghasilan drama atau filem genre klise, pelakon dan pengarah, Datuk Aaron Aziz, memberi cadangan agar penerbit atau produksi tempatan mengambil langkah berani untuk menggunakan khidmat penulis skrip yang berkredibiliti dari luar negara.

Tiada niat mahu menyinggung karya anak tempatan, sebaliknya kata Aaron, tindakan itu mungkin boleh membantu menyuntik kelainan kepada corak penghasilan skrip untuk sesebuah drama atau filem di sini sekali gus memberi impak baharu buat industri seni tanah air.

“Kalau sebut pasal klise ini, tak ada satu filem atau drama dalam industri Malaysia ini yang tak klise. Dari dulu sampai sekarang banyak saja yang ikut karya dari luar negara. Maksud saya, menjadikan karya luar sebagai inspirasi.

“Contohnya macam filem Air Force atau Polis Evo, ada mendapat suntikan inspirasi daripada filem-filem pertempuran luar negara. Kalau ada peruntukan, contohnya sekitar RM30 juta ke RM40 juta, mengapa tidak sesekali panggil penulis skrip yang bagus-bagus dari luar negara, Korea misalnya.

“Orang kita pun ‘gila’ drama dan filem Korea bukan? Mengapa tidak cuba ambil khidmat penulis luar, lihat bagaimana mereka garap sesebuah jalan cerita, tetapi masukkan elemen budaya dan Kemelayuan kita di sini. Itu yang kita tak ada selama ini sampai sekarang,”katanya.

Selain itu, kata Aaron, perkataan klise itu juga tidak wajar diperdebatkan memandangkan penghasilan naskhah tempatan mempunyai pelbagai sekatan dari sudut intipati cerita.

Kata Aaron, paling ketara ialah tidak boleh menyentuh aspek perkauman, politik atau keagamaan misalnya.

“Disebabkan itu, karya tempatan kita akan banyak berputar pada empat genre ini saja iaitu aksi, komedi, romantik dan seram. Banyak sekatan sebab banyak juga kena jaga sensitiviti. Itu menyebabkan industri kita jadi terhad.

“Jadi apa boleh kita buat? Kalaulah tak ada larangan itu, saya sendiri sebagai pengarah, sangat tertarik nak buat sebuah filem seperti karya pengarah Mel Gibson, Apocalypto.

“Saya nampak budaya Sabah dan Sarawak boleh diangkat dalam naskhah filem sebegitu. Isu Lahad Datu misalnya, menarik jika dijadikan filem,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya