Zaf tarik diri saat akhir, tapi macam mahu kawal kami - Cham - Utusan Malaysia

Zaf tarik diri saat akhir, tapi macam mahu kawal kami – Cham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan VE, Cham, mendedahkan dia tidak pernah berhajat menyertai program Gegar Vaganza 9 (GV9) sehinggalah dipujuk rakannya, Zaf.

Cham atau nama sebenarnya, Charma Adizalilullah Abdul Khalil bagaimanapun tidak menyangka, Zaf tiba-tiba membuat keputusan menarik diri pada saat akhir atas alasan mereka belum bersedia untuk bertanding.

“Zaf tarik diri pada saat akhir iaitu sehari sebelum sesi fotografi GV9 berlangsung. Dia minta kami semua buat perkara sama dan bagi alasan kumpulan ini belum bersedia untuk bertanding.

“Bagi saya, ia perkara yang tidak masuk akal kerana kami semua sudah menandatangani kontrak penyertaan. Pengurusan juga sudah bersetuju dan aturkan semua. Malulah kami kalau saat akhir tarik diri.

“Kalau ikutkan, saya yang juga anggota asal VE memang tidak mahu sertai GV. Tapi, saya teruskan juga sebab dia pujuk dan yakinkan saya. Akhirnya, dia pula yang menarik diri dan tiba-tiba muncul pelbagai isu membabitkan penyertaan kami dalam program tersebut,” katanya.

Selain itu, Cham mendakwa, dia dan anggota lain hairan apabila Zaf seolah-olah cuba masuk campur dan mengawal urusan VE sepanjang pembabitan mereka dalam GV9.

“Bila dia mesej dan maklumkan tidak dapat GV, dia serahkan semua urusan kepada saya. Tetapi, dia bising apabila tidak terima sebarang maklumat terkini.

“Sepatutnya, dia tidak perlu ambil tahu lagi kerana semua perkara sudah diserahkan pada saya. Dia masih anggap dirinya ketua kumpulan sedangkan ketika itu saya, Hakim, Adeep dan Fakhiz yang berjuang di GV9. Kenapa dia macam mahu kawal kami?

“Dari dulu lagi, Zaf kalau boleh mahu semua ikut cakap dia, sampai imej dan pemilihan lagu pun dia juga ingin tentukan. Walhal, dalam VE baharu, tiada siapa yag jadi ketua kumpulan.

“Semua berhak memberikan pandangan untuk mencari kata putus. Tapi dia pula rasa terpinggir,” katanya.

Kongsi Cham lagi, keadaan itu mula dirasakan Zaf selepas dia dan tiga rakan lain membuat kumpulan WhatsApps baharu dan tidak lagi berkongsi sebarang perkembangan dengannya.

Semalam, Cham, Adeep Nahar, Hakim dan Fakhiz mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada VE selepas Zaf membangkitkan isu penggunaan nama kumpulan tersebut.

Zaf sebelum ini, menyarankan mereka menggunakan nama baharu untuk bergerak dalam industri seni selepas perjuangan di GV9 berakhir.

Menurutnya, tindakan itu dibuat bukan untuk mengeruhkan keadaan, sebaliknya bertujuan menjaga hubungan silaturahim antara mereka selain mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pelbagai pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya