Oktovia Manrose timang anak perempuan - Utusan Malaysia

Oktovia Manrose timang anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Oktovia Manrose, 31, selamat melahirkan anak perempuan pada 6 Disember lalu.

Perkara itu dimaklumkan Oktovia menerusi satu hantaran di Instagram, semalam. Bayi comel itu dilahirkan kira-kira pukul 8.40 malam.

Bersyukur tidak terhingga atas anugerah Allah SWT itu, Oktovia berkata, kehadiran cahaya mata adalah antara doa yang sering dipanjatkan selepas 11 tahun menanti.

“Anugerah terindah amanah daripada Allah. Hadiah termahal buat saya dan suami.

“Alhamdulillah, saya selamat melahirkan permaisuri hati pada 6 Disember lalu. Rahsia Allah dan perancangan-Nya adalah yang terbaik. Sangat tidak sangka, selepas 11 tahun, Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya.

“Alhamdulillah kami sudah ada sepasang cahaya mata,” katanya.

Dalam pada itu, Oktovia turut menitipkan doa yang terbaik, selain memberikan penghargaan buat suami tersayang.

“Tidak ada keuntungan dunia apa lagi akhirat dengan menggadaikan diri kepada hal yang bersifatkan dunia. Tidak ada keuntungan bagi orang tuanya bagi memiliki anak jika tidak taat pada aturan Allah.

“Didik ikut syariat Allah, ikut jalan Rasullullah dan bukan mengikut hawa nafsu. Anak amanah Allah. Penentu syurga dan neraka.

“Untuk suamiku, terima kasih kerana menjadi pasangan dan ayah buat anak kita. Awak adalah insan teristimewa buat saya setiap hari. Awak adalah kekuatan saya,”katanya.

Oktovia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd. Izat Abd Rahman pada 2011, namun bercerai pada 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 11 tahun.

Oktovia seterusnya bertemu jodoh dengan pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Md Isa, 33, pada 21 Disember 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN