KUALA LUMPUR : Selepas sekian lama menunggu peluang, artis antarabangsa, Fiji Blue akhirnya berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bakal membuat persembahan pertamanya di Malaysia pada 24 November 2022.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Fiji Blue atau Trevor Dering, bakal membuat persembahan di RexKL dan akan menghiburkan peminat-peminat menerusi seleksi lagu-lagu hits dan popularnya.
Antara lagu yang bakal dipersembahkan termasuk I Loved You, What Happened?, Dance When You Cry dan Feel Something.
Penyanyi yang berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat ini cukup terkenal dengan lagu-lagu berentak dance grooves dan chill house selain gemar berkreativiti dengan muzik genre indie dan R&B.
Untuk info, Trevor sebelum ini merupakan graduan daripada Kolej Muzik Berklee sebelum kemudiannya berpindah ke Los Angeles dan menggunapakai nama Fiji Blue sebagai tanda pengenalan kepada dunia seni.
Trevor mengeluarkan demo pertamanya yang berjudul Indigo pada tahun 2018 sebelum sebuah single rasmi berjudul Space Makes Me Sad, Numb dan Day By Day diterbitkan sekitar tahun 2020.
Bagi peminat yang masih belum mendapatkan tiket, boleh layari laman web https://fijiblue.ubertickets.my/ dan jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan eksklusifnya di Kuala Lumpur.