Bukan anak emas mana-mana stesen TV- Izzue Islam - Utusan Malaysia

Bukan anak emas mana-mana stesen TV- Izzue Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Izzue Islam menafikan dakwaan nakal segelintir netizen yang mengatakan dia kini merupakan anak emas TV3 berikutan banyak terlibat dengan program dan drama di stesen berkenaan.

Izzue berkata, dia sentiasa terbuka menerima tawaran daripada mana-mana stesen TV dan tidak pernah bersikap memilih atau demand.

“Tidaklah. Bukan anak emas mana-mana stesen TV. Kalau tengok, balance semuanya. Saya tak nak lebihkan mana-mana pihak. Semua saya terima.

“Mungkin secara kebetulan, banyak program dan naskhah drama saya disiarkan di TV3. Tetapi di stesen TV lain pun ada juga. Saya tak memilih, itu semua rezeki,” ujarnya.

Dalam pada itu, Izzue berkata, dia perlu belajar mengumpul aset dan menyimpan wang demi kelangsungan hidup kerana sedar, setiap anak seni ada tempoh hadnya.

“Saya sedar diri, dalam dunia seni masa kita tak lama. Mungkin 10 tahun, kalau lebih itu rezeki. Sebab itu saya usaha dan kerja sesungguhnya.

“Saya kena ada perasaan takut itu. Takut masa depan. Takut orang bosan. Sebab itu daripada menyanyi, saya berlakon. Sekarang saya mengacara pula.

“Bagi saya, kita kena cuba pelbagaikan bakat. Tak boleh selesa dalam satu zon sahaja. Kena bijak cari peluang dan rezeki. Semua itu tak datang bergolek,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.