Talita Love adalah hadiah ulang tahun istimewa saya - Raja Ilya - Utusan Malaysia

Talita Love adalah hadiah ulang tahun istimewa saya – Raja Ilya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Raja Ilya,menganggap kehadiran cahaya mata sulungnya, Talita Love, merupakan hadiah paling istimewa sempena ulang tahunnya yang ke-37 semalam.

Menuru Ilya, menginjak ke usia ini, kehadiran Talita menjadikan dirinya berpeluang untuk bergelar seorang ibu dan momen-momen melahirkan puteri sulungnya itu adalah antara pengalaman yang tidak akan dilupakan.

“Satu momen yang akan saya kenang dan hargai buat selama-lamanya ialah ketika bayi perempuan saya diserahkan ke pangkuan buat pertama kalinya. Untuknya, saya telah melalui proses melahirkan secara ceasarean. Saya betul-betul ditidurkan.

“Bermula jam 10 pagi hingga 2.30 petang. Tapi sewaktu saya sudah sedar semula, Trent dan para jururawat terus membawa anak kami, Talita ke pangkuan saya. Oh Tuhan! Perasaan itu adalah sangat tak tergambarkan.

“Walaupun saya sudah macam seorang mama zombie yang besar, saya dah tak peduli pasal diri dah masa itu. Semua fokus saya hanya pada dia, Talita Love. Sebab itulah, sambutan ulang tahun kali ini terasa sangat istimewa buat saya,”katanya.

Ilya berkata demikian dalam satu hantaran di Instagram semalam sempena ulang tahunnya yang ke-37.

Selain itu, dalam satu hantaran terdahulu, pelakon ini, turut berkongsi tarikh lahir dia dan suami yang kebetulan pada bulan yang sama iaitu, Julai.

“Talita dilahirkan pada tanggal 1 Julai. Saya dan suami juga lahir dalam bulan yang sama. Saya pada tanggal 11 Julai manakala Trent pula pada 17 Julai. Sebenarnya, anak kami, Talita, dijadual akan lahir pada tarikh kelahiran yang sama macam saya.

“Tetapi, saya lega juga dia lahir lebih awal. Kalau tidak, berkongsi sambutan ulang tahun kelahiran yang samalah nanti,”katanya.

Dalam pada itu, kongsi Ilya, selama 11 hari bergelar seorang ibu, dia sangat menikmati proses dan fasa baharu tersebut kini.

Untuk info, Ilya dan suaminya, Trent Garret pada tahun 2018 dan menetap di Perth Australia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN