Heliza Helmi tunai ibadah haji bersama keluarga

Heliza Helmi tunai ibadah haji bersama keluarga

heliza
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan aktivis, Datin Seri Nur Heliza Helmi, memaklumkan dia sekeluarga telah berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah haji.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, dia memuat naik satu hantaran yang memperlihat mereka sekeluarga di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum berlepas ke sana.

Menurut Heliza, dia memohon maaf kepada yang mengenainya andai ada kesalahan yang pernah dilakukan, sebelum ini.

“Aku memenuhi panggilan Mu Ya Allah, tiada sekutu bagi Mu. Aku memenuhi panggilan Mu.

“Sesungguhnya pujian dan nikmat adalah milik Mu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagi Mu.

“Kami sekeluarga memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan, kesilapan, kekurangan, kekhilafan, kecuaian serta apa apa sahaja,” katanya.

Di kesempatan itu, dia turut meminta orang ramai agar mendoakan segala urusan mereka dipermudahkan selain memperoleh haji mabrur.

“Mohon ampun dan maaf. Doakan kami semua. Doakan agar semua jemaah mendapat haji mabrur.

“Kami juga mendoakan kalian dijemput menjadi tetamu Allah tidak lama lagi. Amin,” ujarnya lagi.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata pengikutnya mendoakan agar segala dipermudah segala urusan mereka di sana.

Sekadar informasi, Heliza dan Mahadi selamat diijab kabulkan pada tanggal 1 Januari 2022 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN