Ajai dan Hazama angkat isu kesihatan mental dalam lagu - Utusan Malaysia

Ajai dan Hazama angkat isu kesihatan mental dalam lagu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai tampil mengetengahkan isu kesihatan mental menerusi ciptaan lagunya yang dinyanyikan oleh penyanyi Hazama berjudul, Rasa Tak Menipu.

Jelas Ajai, lagu itu berkisar tentang kisah keperihan dan konflik dalam diri yang dihadapi oleh seseorang dalam dunia percintaan.

“Kita semua pernah melaluinya, dan faham sangat perasaan tentang kehilangan itu.

“Lagu ini juga adalah tentang konflik dalaman yang kita rasa apabila seseorang yang kita cintai berlalu pergi secara mengejut. Kita tak dapat menerima hakikat itu, dan menderita kerananya,” katanya.

Tambah Ajai, selepas melalui fasa pendemik, dia terpanggil untuk mengetengahkan isu kesihatan mental kerana hal itu sangat bahaya.

“Saya amat terkejut apabila mengetahui terdapat pelbagai jenis gangguan mental dan saya juga rasa orang ramai perlu ambil tahu.

“Kita semua perlu mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang apa yang menyebabkan berlakunya gangguan ini dalam kalangan kita,” katanya lagi.

Sementara itu, Hazama turut mempercayai bahawa isu tersebut antara faktor masalah dalaman yang dilalui oleh segelintir pasangan yang sudah berumah tangga.

“Gangguan mental ini juga banyak yang menjadi punca kepada masalah keluarga dan rumah tangga, itulah yang kami cuba gambarkan di dalam video muzik ini,” katanya.

Sebagai informasi, lagu itu merupakan usahasama antara Wake The Baby Records dan ISK.MUSIK. Manakala video muzik mendapat sentuhan Ramdhan Che Hassan.

Rasa Tak Menipu juga merupakan lagu tema untuk drama Epilog 3 Naga yang akan mula disiarkan melalui Awesome TV (Astro Channel 123HD) dari 8 Julai hingga 10 Ogos 2022, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam.

Epilog 3 Naga juga akan menyaksikan Hazama kembali ke dunia lakonan sebagai Khalid, bersama-sama Che Puan Juliana Evans dan Syarul Ezani.

Anda boleh mendengarkan ‘Rasa Tak Menipu’ melalui semua platform strim digital termasuk Spotify, Joox dan Apple Music. Video muzik untuk lagu ini juga boleh ditonton melalui saluran YouTube Universal Music Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN