Memang saya syok sendiri - Naim Daniel - Utusan Malaysia

Memang saya syok sendiri – Naim Daniel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, komposer dan pelakon, Naim Daniel, tidak malu mengaku bahawa dirinya memang syok sendiri ketika berhasrat menjalin kerjasama duet dengan kumpulan Dolla.

Menerusi lagu berjudul Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Aku Buat (MIALYPSPAB), kata Naim, ia merupakan kali pertama kolaborasi itu dilakukan dan dia sendiri yang bertindak ‘melamar’ empat wanita cantik itu untuk tujuan ini. 

“Memang saya yang ajak Dolla untuk kolaborasi dan lagu itu dicipta sejak dua tahun lalu. Lagu balada yang sedih dan saya sengaja nak Dolla duet bersama. 

“Sebab macam kita tahu, Dolla kalau bab menari sambil menyanyi itu memang dah jadi makanan mereka. Boleh dikatakan, saya ini berani mati dan syok sendiri buat lagu ini. 

“Saya tak nak hadkan diri dalam berkarya. Mungkin peminat Dolla akan nampak kelainan daripada mereka. Bagi saya, Dolla mempunyai potensi yang tinggi dalam dunia muzik,” katanya.

Penyanyi lagu Sumpah itu ditemui ketika majlis pelancaran Fiesta TV3 yang berlangsung di Sri Pentas Media Prima, Petaling Jaya, baru-baru ini. 

Menurut Naim yang juga seorang pelakon, dia dan Dolla sudah pun merakam lagu tersebut pada Rabu. 

Dalam pada itu, Naim memberitahu dia mahu melihat industri muzik dipenuhi dengan karya-karya segar daripada anak-anak muda terutama yang baharu saja menceburi bidang tersebut. 

“Saya nak cuba pelbagaikan karya muzik. Saya nak semua orang tahu yang anak-anak muda terutama yang baru berjinak dalam industri ini kita ada sesuatu untuk diberikan dalam industri juga.

“Saya pun cuba nak jadikan industri ini lebih meriah dengan apa yang kita boleh buat. Dari situ kita cuba buat kolabarsi Dolla. Saya pun dah bersedia dengan komen ‘boleh ke kolaborasi itu berjaya’.

“Saya rasa tak rugi untuk mencuba kerana sekurang-kurangnya saya sudah mencuba. Saya percaya macam mana pun, kita akan bosan. Jadi nak beri kelainan dan benda baharu,” ujarnya. 

Sekadar info, Dolla mempunyai empat anggota iaitu Syasya, Sabronzo, Tabby dan Angel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya