Kalau ada kurang, simpan dalam hati, tak perlu canang satu dunia -Nad Zainal. - Utusan Malaysia

Kalau ada kurang, simpan dalam hati, tak perlu canang satu dunia -Nad Zainal.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon berbakat besar, Nad Zainal, memohon orang ramai agar bersama-sama menyokong karya tempatan.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama hit Dendam Seorang Isteri itu menerusi coretan panjang di Instastory miliknya.

Menurut Nad, dia tampil berpandangan sekiranya ada penonton yang kurang senang berhubung aspek-aspek terutama menerusi filem Mat Kilau yang telah ditayangkan baru-baru ini.

Maka, tidak perlulah mencanang atau berkata kurang enak kepada umum sehingga boleh menyebabkan orang lain hilang minat untuk menonton di pawagam.

“Tolonglah sokong filem tempatan. Kalau lagi ramai yang menyokong, nanti banyak lagi filem begini…

“Petanda yang bagus bila ramai turun sokong Mat Kilau, siap berbusana tradisional.

“Kalau ada apa yang kurang, simpan dalam hati atau cakap dengan pasangan sahajalah. Tidak perlu nak canang satu dunia bagi orang lain ‘turn off’,” katanya.

Mengulas lanjut, dia memaklumkan industri filem tempatan sebenarnya mempunyai pelbagai kekangan yang membataskan para penggiat filem bergerak ke tahap yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, jika sambutan luar biasa dan sokongan padu daripada penonton, ia secara tidak langsung akan memberi galakan kepada penggiat filem lain untuk memperbanyak filem sejarah atau berskala besar.

“Sokong okey? macam inilah… filem kita ini, Insya-Allah kalau ada duit, masa untuk kaji, waktu untuk pelakon berlatih, tentu lagi baik, banyak kekangan.

“Namun, Insya-Allah dengan sokongan kita, penggiat filem akan lebih bersemangat mahu membuat filem-filem berkaitan sejarah atau berskala besar.Pembiaya pun lagi ramai. Jadi, tolong sokong okey? Go Malaysia, go,” ujarnya lagi.

Sekadar informasi, filem berdasarkan fakta sejarah yang diadaptasi ke layar perak, Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan telah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 23 Jun 2022.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta itu diterbitkan Studio Kembara dan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Datuk Jalaludin Hassan, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan Asa’ri, Datuk Adi Putra, dan Wan Hanafi Su.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya