PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Chiwan Chilok, memohon orang ramai agar mendoakan ibunya yang kini berada di hospital akibat jangkitan paru-paru.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama Bujang Haji itu menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Menurut Chiwan, ibunya kini berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan.
“Assalamualaikum semua, saya nak mintak jasa baik anda semua untuk doakan mak supaya cepat sembuh..
“Keadaan mak kritikal sekarang akibat jangkitan paru-paru,” katanya.
Mengulas lanjut, Chiwan turut memberitahu ibunya juga terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
“Perkara yang paling saya takut akhirnya berlaku. Mak ditidurkan sebab tidak tahan sakit.
“Sekarang tengah guna bantuan penafasan. Mak lawan ya mak, abang tahu mak kuat,” tulisnya.










