Fadzilah Kamsah kongsi tujuh kebaikan Adibah Noor

Fadzilah Kamsah kongsi tujuh kebaikan Adibah Noor

adibah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, tampil berkongsi mengenai kebaikan pelakon dan penyanyi popular, Allahyarhamah Adibah Noor sepanjang hayatnya.

Perkara tersebut dikongsikan pakar motivasi tersebut menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.

“Tujuh kebaikan Allahyarhamah Adibah Noor yang wajar kita semua contohi iaitu pertama, bersifat pemurah. Ramai rakan artis yang mengenali beliau, sentiasa sifatkan beliau ini selalu belanja makan, tidak lokek dengan rakan dan bersedekah.

“Kedua, tiada jurang dengan peminatnya. Beliau ramah dan sering membalas komen atau ciapan peminatnya dengan penuh kebaikan dan positiviti.

“Ketiga, sangat menjaga bahasa dan tutur kata. Beliau mahal dengan kata-kata aras tinggi dan mempunyai
pengetahuan bahasa Melayu dan Inggeris yang ada slang memukau,” kongsinya.

Mengulas lanjut, dia juga menyifatkan arwah sentiasa membuat orang lain ketawa dan tersenyum selain kata-katanya sarat dengan inspirasi dan pengajaran.

“Keempat, berdiri atas bakat sendiri. Hidup beliau setiap adalah belajar dan memperbaiki bakat. Mengasah lebih baik dan sentiasa berniat untuk berikan yang terbaik pada khalayak.

“Kelima, menggunakan platform media sosial ke arah kebajikan. Beliau selalu retweet dengan cara membantu orang awam dan juga haiwan peliharaan. Beliau buat dengan sukarela dan ikhlas. Keenam, beliau sentiasa membuat orang lain ketawa dan tersenyum.

“Semua orang yang meluangkan masa dengannya sentiasa dapat aura positif dan sangat menenangkan bila bersama dengannya. Kata-kata beliau sarat dengan inspirasi dan pengajaran. Beliau sentiasa memberi kata-kata semangat dan motivasi but orang di sekelilingnya,” tulisnya panjang.

Pada masa sama, Fadzilah turut menyifatkan pemergian Adibah hilangnya sebuah butir mutiara seni yang pasti dirindui.

Allahyarhamah Adibah Noor mengembuskan nafas terakhir di Hospital Gleaneagles pada petang Sabtu, akibat kanser ovari tahap empat.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat, kira-kira pukul 11.30 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya