Dah lama pendam perasaan, mungkin kahwin di usia muda - Nikki Palikat - Utusan Malaysia

Dah lama pendam perasaan, mungkin kahwin di usia muda – Nikki Palikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mengejutkan banyak pihak menerusi pengakuannya sudah berpisah dengan suami, komposer terkenal, Audi Mok, penyanyi, Nikki Palikat, menganggap perceraian adalah jalan terbaik buat kedua-dua mereka.

Mengaku sudah lama memendam rasa sejak 10 tahun lalu, Nikki bagaimanapun mengaku cuma bahagia menikmati alam rumah tangga pada tiga tahun awal perkahwinan mereka.

“Saya pendam sudah lebih 10 tahun, saya cuba untuk perbaiki tapi kalau sudah tiada keserasian, tak guna juga,”katanya.

Menurut Nikki, tempoh 13 tahun berkahwin dengan Audi, banyak memori telah tercipta dan kehadiran putera tunggal mereka, Liam, 12, membuatkan masing-masing cuba menjadi ibu bapa yang baik untuk anak.

“Tak dinafikan, kami sehingga kini baik-baik sahaja. Sebagai ibu bapa kepada Liam, kami mahu jalankan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin. Tapi tidak mampu teruskan hubungan ini sebagai suami isteri.

“Saya akui, mungkin sewaktu kami berkahwin, usia saya masih muda. Selepas banyak percanggahan berlaku, menyebabkan kami sedar bahawa mungkin tiada keserasian antara kami.

“Tetapi, kami masih anggap diri seperti kawan. Semasa saya sertai Gegar Vaganza musim lalu dan jatuh sakit pun, dia ada datang melawat di hospital. Siap masakkan saya makanan,”katanya.

Selain itu, kata Nikki, walaupun dia dan Audi kini tidak lagi bersama, dia tahu bekas suaminya itu tetap akan terus menyokong kerjaya seninya dan tetap melayan dirinya dengan baik, sebagai ibu kepada Liam.

Ditanya mengenai punca perpisahan, Nikki bagaimanapun tidak menolak kesibukan kerja menjadi faktor utama keputusan itu terpaksa dibuat.

“Waktu itu kami berdua sibuk kerja. Mungkin juga kerana pandemik dan masing-masing sedang bergelut dengan kerja. Tetapi, walau berpisah, ia bukan alasan untuk saya dan Audi tidak menghargai waktu-waktu bersama dahulu.

“Kami tetap menganggap perkahwinan dahulu adalah sebuah rahmat untuk kami,”katanya.

Untuk info, hujung minggu lalu, sebuah program hiburan tanah air melaporkan mengenai perceraian Nikki Palikat dengan Audi Mok.

Nikki dan Audi mendirikan rumah tangga pada Jun 2009 dan mengaku telah berpisah pada awal 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya