Boikot filem, mereka bukan Tuhan - Syamsul Yusof - Utusan Malaysia

Boikot filem, mereka bukan Tuhan – Syamsul Yusof

Syamsul Yusof tidak gentar pihak yang ingin memboikot Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof mengakui tidak takut pada segelintir penonton yang ingin memboikot filem arahannya iaitu Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Menurut Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 38, hal tersebut kerana dia mempercayai rezeki daripada Tuhan.

“Walau segelintir ingin memboikot filem dengan slogan let’s cancel Syamsul Yusof dan sentiasa iri dengan kejayaan daripada Allah, namun mereka lupa, mereka bukanlah Tuhan.

“Aku hanya bergantung pada-Mu yang satu Ya Rabbi. Tiada yang lain. Engkaulah Tuhanku ya Allah. Maha Pemberi Rezeki, aku reda,” katanya.

Dalam perkongsian sama di akaun Instagram miliknya, Syamsul turut memuat naik tangkap layar sebagai bukti karyanya mendapat sambutan yang memberangsangkan pada hari pertama ditayangkan.

“Dengan lafaz bismillah, Mat Kilau ditayangkan hari ini (23 Jun) di seluruh Malaysia, Singapore, Brunei.

“Beli awal sebelum habis. Setakat hari ini, panggung wayang memaklumkan Mat Kilau menjadi filem tempahan tiket tertinggi sebelum tayangan, mengalahkan filem Hollywood dan filem negara asing,” katanya lagi.

Sebagai informasi, Mat Kilau yang menelan belanja sebanyak RM8 juta itu diterbitkan Studio Kembara dan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Datuk Jalaludin Hassan, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan Asa’ri, Datuk Adi Putra, dan Wan Hanafi Su.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN