Belajar bahasa Arab ada nilai tambah dalam urusan solat - Neelofa - Utusan Malaysia

Belajar bahasa Arab ada nilai tambah dalam urusan solat – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Pelakon dan selebriti popular, Noor Neelofa, mengaku dia sudah lama menyimpan hasrat untuk belajar bahasa Arab kerana ia mempunyai nilai tambah buat seseorang Muslim seperti untuk urusan solat, membaca Al-Quran dan kitab lainnya.

Menurut Neelofa, kerana itu, dia melihat, perancangan untuk mengikuti suaminya, Haris Ismail untuk menyambung pengajian sama ada di Madinah atau Mesir sebagai satu peluang keemasan.

“Dah lama teringin nak belajar bahasa Arab. Kalau ada yang pernah temu bual saya sebelum ini pun, pasti tahu yang saya memang nak belajar kuasai bahasa. Bagi saya, kalau dapat kuasa bahasa Arab ini, ada nilai tambahnya.

“Terutama buat orang Muslim. Kita solat pun dalam bahasa Arab, mengaji Al-Quran, taklim atau baca kitab-kitab bahasa Arab yang ada sesetengahnya tidak ada dalam bahasa Melayu. Banyak manfaat kalau boleh kuasai bahasa ini,”katanya.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi tudung barunya DisneyXNaelofar di sini, hari ini.

Selain itu, kata Neelofa, dia dan suami, penceramah bebas, Haris Ismail,juga belum memutuskan untuk menyambung pengajian di mana dan masih berbincang mengenai hal itu.

“Masa awal-awal kami berkahwin, ada borak pasal nak sambung belajar dalam bahasa Arab. Haris pun nak ambil kursus mendalami hadis dan ikur perancangan, mungkin akan sambung pengajian dalam setahun dua. Lokasi pun tak tahu lagi di mana.

“Tengoklah sama ada di Madinah, Mesir atau di tempat lain. Sebab bila dah ada anak, kami cuba teroka mana-mana peluang lain yang ada. Insya-Allah, kalau semua okey, kita akan ambil kursus jangka pendek saja. Nak tengok sesuai atau tak sebelum bawa keluarga dan tinggalkan perniagaan di sini,”katanya.

Selain itu, Neelofa menambah, sebelum mendirikan rumah tangga, dia juga pernah cuba mencari peluang untuk menyambung pengajian di Timur Tengah.

“Ya, sebelum kahwin pun ada nak pergi ke sana, cari kursus belajar bahasa. Tetapi ketika itu, tidak ada kos yang boleh untuk pelajar wanita. Sekarang ini pun adallah juga Haris ajar saya sikit-sikit tapi tak adalah terlalu mendalam sangat.

“Saya ini dah rasa teruja dah nak pergi ke sana. Lebih teruja daripada gementar,”katanya.

Dalam pada itu, Neelofa memberi gambaran kemungkinan akan meneruskan hajat tersebut sekitar awal tahun hadapan.

“Mungkin awal tahun depan kot. Saya nak tunggu Bilal pandai cakap sikit. Dalam masa yang sama, kalau dapat luaskan perniagaan kami di sana pun okey juga. Tengok macam mana nanti,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.