Abang memang dari dulu ada 'golden touch', sama seperti papa -Syafiq Yusof. - Utusan Malaysia

Abang memang dari dulu ada ‘golden touch’, sama seperti papa -Syafiq Yusof.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah, Syafiq Yusof, mengaku, setiap hasil sentuhan karya abangnya yang juga pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof, sentiasa mendapat tempat di kalangan penonton jika hendak dibandingkan dengan hasil karyanya.

Menurut Syafiq, dia menyamakan sentuhan karya pengarah filem epik Mat Kilau itu dengan ‘golden touch’ bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam ketika muda.

Syafiq bagaimanapun meluahkan kesyukuran atas rezeki yang diberikan oleh yang Maha Esa selain dirinya tidak pernah berputus asa dalam berkarya.

“Abang aku memang dari dulu ada ‘golden touch’ ini sama seperti papa masa muda.

“Aku sahaja yang filem kadang kala laku, kadang kala tidak laku haha. Tetapi tidak mengapa, rezeki itu ketentuan tuhan.

“Yang penting kita jalan terus buat sebaik mungkin. Kadang naik, kadang kala jatuh. Tetapi tidak pernah berputus asa! Tabik,” ciapnya di Twitter.

Filem terbaharu Syamsul Yusof iaitu Mat Kilau berjaya mencatatkan rekod penjualan tiket yang memberangsangkan sejak ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Karya berdasarkan fakta sejarah yang diadaptasi ke layar perak itu telah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 23 Jun 2022.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta itu diterbitkan Studio Kembara dan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Datuk Jalaludin Hassan, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan Asa’ri, Datuk Adi Putra, dan Wan Hanafi Su.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya