7 Ikon Popular Bantu Isu Kemiskinan Masyarakat Islam di Afrika Timur - Utusan Malaysia

7 Ikon Popular Bantu Isu Kemiskinan Masyarakat Islam di Afrika Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI : Seramai 7 orang ikon popular tempatan, bakal terbang ke Tanzania, Afrika Timur bermula 6 Julai sehingga 19 Julai ini bagi menyertai Misi Kemanusiaan Afrika anjuran Pertubuhan Impak Prihatin Malaysia atau Impactive Malaysia (IM).

Misi kemanusiaan yang memberikan fokus kepada pembangunan pendidikan dan ekonomi itu merupakan kunjungan kedua IM ke sana selepas kunjungan sebelum ini iaitu pada tahun 2017.

Untuk misi kali ini, IM mensasarkan untuk mengumpulkan dana sebanyak RM 1.2 juta bagi projek yang merangkumi pengagihan daging kurban, keperluan persekolahan, wakaf Al-Quran dan baik pulih sekolah.

Jumlah sasaran itu juga, merupakan usaha IM dan rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan lain kepada komuniti Islam di sana nanti, seperti kelengkapan ibadah dan bantuan mengajar.

Tujuh ikon yang akan turut serta terdiri daripada barisan selebriti, personaliti TV, usahawan dan bintang sosial media iaitu Hazeman Huzir, Farah Lee, Nadzmi Adhwa, Akhi Fairuz, Que Yahaya, Nazirul dan juga personaliti korporat iaitu Aiman Hakim dari Isosynergy Holdings Sdn Bhd.

Malah, sesuai dengan sambutan Hari Raya Aidiladha, misi kali ini turut mensasarkan untuk mendapatkan 100 ekor lembu kurban, 100 ekor kambing akikah dan 500 kilogram infak daging untuk diserahkan kepada masyarakat Islam di Tanzania.

Bagaimanapun jika sambutan menggalakkan, IM akan berusaha mendapatkan lagi bekalan kambing dan lembu dari rakan NGO di sana untuk permintaan dari rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Impactive Media, Mohamad Khairul Jamain atau dikenali sebagai KJ berkata, program kemanusiaan ini membawa misi dalam membantu masyarakat Islam di Tanzania yang sering ditindas dan terpinggir.

Katanya, seramai 446 juta dari 1.02 billion penduduk di Afrika adalah beragama Islam. Manakala Tanzania adalah sebuah negara di benua Afrika yang merangkumi 34.1% masyarakat beragama Islam.

“Berbeza sekali dengan negara yang majoritinya adalah beragama Islam, masyarakat Islam di Tanzania sering dipinggirkan dan tidak mendapat perhatian.

“Menerusi kunjungan ke Tanzania itu nanti, kami akan berkunjung ke 2 buah daerah utama yang akan menjadi sasaran untuk misi kami kali ini iaitu di Handeni dan juga Kilendi.
Daripada informasi yang kami terima daripada rakan kerjasama kami iaitu Islamic Help, mereka menyatakan bahawa dua daerah ini adalah yang paling miskin dan sangat memerlukan bantuan di Tanzania.

“Justeru, Tanzania menjadi lokasi sasaran kerana kurangnya bantuan dihulurkan kepada komuniti muslim di sana. Sejajar dengan fokus IM yang melihat pada komuniti dan isu terpinggir,”katanya.

KJ ditemui pada sidang media dan majlis memperkenalkan barisan ikon yang akan menyertai Misi Kemanusiaan Afrika yang telah diadakan di Red Card Café, Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.

Menurut KJ, beliau menanam kerpercayaan yang tinggi terhadap 7 ikon berkenaan bersama kewibawaan masing-masing sebagai ejen penyebaran maklumat untuk misi itu, secara tidak langsung dapat menyuntik kesedaran kepada pengikut mereka.

“Misi ini bukan sekadar daripada usaha IM semata-mata, malahan juga di atas bantuan rakan ikon kemanusiaan yang mengambil bahagian. Kesemua 7 ikon yang terlibat di dalam misi ini, adalah individu yang aktif dalam isu kemanusiaan.

“Mereka bukan sahaja dipilih secara sewenang-wenangnya. Malahan ada diantara mereka merupakan sebahagian daripada pasukan IM.Hasrat dan tujuan yang mereka bawa serupa seperti kami iaitu untuk mendepani isu kemanusiaan terutamanya bagi membantu komuniti masyarakat Islam di Afrika secara khususnya.

“Mereka memainkan pengaruh yang besar untuk memberikan kesedaran akan isu di Afrika dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya,” katanya.

Pengklibatan 7 ikon di Tanzania itu nanti akan dilengkapi dengan beberapa aktiviti utama antaranya, mereka akan terlibat secara langsung dalam aktiviti korban di sana.

Ikon berkenaan akan di bawa melawat ke kawasan-kawasan yang memerlukan bantuan untuk melihat aspek yang boleh dibantu pada masa akan datang seperti madrasah, sekolah dan sebagainya.

Jelas KJ, usaha waktu ini, seperti Projek Ibadah Kurban, Aqiqah dan Projek Wakaf hanyalah fasa pertama memandangkan IM mempunyai gerak kerja yang berbeza untuk mengkaji serta analisa keperluan disana nanti berdasarkan keperluan.

“Ini adalah bagi mengelakkan pembaziran dana sumbangan rakyat Malaysia. Fasa kedua itu nanti akan dikemaskini secara langsung di platform ikon-ikon yang terlibat. Selain itu, IM bukan hanya mensasarkan projek berbentuk ‘one-off’ namun matlamat kami adalah untuk menjayakan projek yang mempunyai impak jangka masa panjang.

“Selain impak kepada komuniti, IM diharap dapat memberi penagaruh terbesar dalam mendepani isu kemanusiaan terutama dalam kalangan anak muda.

“Impak yang jelas mungkin tidak dapat dilihat dalam sehari dua, namun kami percaya bahawa nasib sesuatu bangsa dapat diubah dengan pendidikan dan ekonomi,”katanya.

Mereka yang ingin membantu menyumbangkan dana dan ingin berinfak bagi menyokong Misi Kemanusiaan Afrika ini boleh salurkan sumbangan anda ke impactivemy.onpay.my/order/form/13 atau impactivemy.onpay.my/order/form/media4afrika .

Sumbangan anda juga boleh disalurkan ke akaun bank Pertubuhan IMpak Prihatin Malaysia (Impactive Malaysia) di no akaun RHB – 21245760048670

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya