Kami baru dapat rasa, rezeki anak-anak - Isteri Lan Solo - Utusan Malaysia

Kami baru dapat rasa, rezeki anak-anak – Isteri Lan Solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isteri penyanyi Lan Solo, Sheila Hassim meluahkan rasa syukur kerana akhirnya memiliki kenderaan mewah.

Sheila yang berkongsi khabar baik itu di akaun Instagram miliknya, memberitahu, pelbagai pengalaman dilalui bersama Lan di sepanjang 13 tahun perkahwinan dan kenderaan itu merupakan rezeki anak-anak.

“Alhamdulillah 13 tahun bersama-sama. Semua kami buat sama-sama, gaduh, tidur, makan, nangis dan beli kereta pun hasil bersama-sama!

“Orang lain mungkin dah lama pakai. Kami baru dapat rasa. Rezeki anak-anak yang kami tumpang,” katanya.

Dalam perkongsian sama, ibu kepada empat orang cahaya mata itu berkata, jangan pernah merasa penat untuk bersedekah dan mencari rezeki.

“Sentiasa juga ada merasa ikhlas untuk memberi manfaat pada ramai orang dan selalu memberi makan, Insya-Allah rezeki tak putus.

“Lagi rasa ketat, sesak, lagi banyak sedekah. Percayalah Allah tahu bila masa ygan sesuai untuk bagi rezeki pada hamba-Nya.

“Bila di duga terus berdoa dan berdoa Hidup bukan untuk dinilai manusia. Hidup untuk masa “depan” kita dekat sana,” katanya.

Sheila turut berkongsi agar khalayak tidak menilai rezeki orang lain dengan rezeki kita kerana pasti berbeza dan cukup sekadar mensyukuri seadanya.

Untuk rekod Sheila dan Lan berkahwin pada 2009. Hasil perkongsian mereka dikurniakan empat orang anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.