12 tahun menjanda, Raja Azura tak rela bergaduh dengan ipar duai - Utusan Malaysia

12 tahun menjanda, Raja Azura tak rela bergaduh dengan ipar duai

raja azura
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan bekas pengacara popular, Raja Azura, 49, tidak menolak, selama 12 tahun menggalas status janda di bahu, dia tidak pernah lekang dengan pertanyaan sama ada sudah terbuka hati untuk mencari calon suami dan kembali berumah tangga.

Menurut Raja Azura atau nama sebenarnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, dia mengaku lebih rela hidup sendiri bersama anak-anak daripada memikirkan soal mahu berkahwin lagi termasuk perlu menjaga hati keluarga mentua dan ipar duai.

Kata pelakon ini, walaupun menjanda, dia tetap berasa bahagia menikmati kehidupan bersama tiga orang anaknya iaitu Megat Muhammad Raziq, Megat Luqman Hakim dan Puteri Mia Maizura.

“Selalu orang tanya soalan itu (buka pintu hati). Pertama sekali saya nak tahu, sebenarnya dalam perkahwinan ini apa tujuannya? Apa misi sebenarnya? Nak teman hidup? Anak-anak macam mana?

“Adakah teman hidup boleh terima? Lepas itu nak kena kenal lagi ipar-duai lagi yang tak tahu mereka suka atau tidak dekat kita. Lagi pula kita kenal orang berduit, dah orang ingat kita ini nak harta adik-beradik dia pula.

“Jadi benda-benda macam ini saya tak suka. Sebab pengalaman yang berlaku pada hidup saya ini sudah cukup. Saya dah pernah berkahwin, dah ada tiga orang anak. Syukur dapat besarkan mereka dari kecil.

“Saya bahagia dengan anak-anak.Tak perlu ada pasangan hidup. Orang nak pasangan hidup sebab nak kebahagian. Tapi Alhamdulillah, saya masih okay dan rezeki masih ada anak-anak,” katanya.

Raja Azura atau mesra disapa sebagai Kak Engku berkata demikian ketika ditemui pada majlis pratonton dan sidang media filem Tiga Janda Melawan Dunia di GSC Tropicana Garden Mall, semalam.

Menerusi filem tersebut, Raja Azura memandang watak sebagai Kak Ani yang merupakan janda bersama dua orang rakannya iaitu Midah lakonan Khatijah Tan dan Rohayu (Normah Damansuri.

Mengaku tidak pernah berasa malu dengan status janda, Raja Azura memberitahu dia sentiasa berdisplin kerana ingin menjaga nama dan maruah keluarga termasuk bekas bapa mentua.

“Saya tak ada masalah dengan status janda. Pada hakikatnya memang betul pun kita janda. Bagi saya, yang penting kena jaga tertib. Kita tahu kita ini ibu tunggal, jadi kena tahu tertib sebagai seorang janda.

“Yang penting kita jaga adab sebab saya ada anak yang bersekolah dan perlu menjaga anak kedua ibu bapa saya. Walaupun saya dah berpisah bekas suami tapi masih ada bapa mentua.

“Dia tetap bapa mentua saya sampai bila-bila dan perlu jaga nama. Bila kita jaga semua ini, kita dah tak kisah orang panggil janda. Saya tak pernah rasa kecil hati sebab hakikatnya saya adalah janda yang tahu jaga tertib dan maruah keluarga,”katanya.

Untuk rekod, Raja Azura berkahwin dengan Adzmin Osman iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Haji Aroff, Tan Sri pada Mac 2001 namun bercerai pada 28 September 2010.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya