Wanita separuh bogel di MV itu idea asal ibu saya - Chubb-E - Utusan Malaysia

Wanita separuh bogel di MV itu idea asal ibu saya – Chubb-E

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Chubb-E menjelaskan babak panas yang memperlihatkan seorang wanita separuh bogel daripada sedutan video muzik (MV) lagi terbaru berjudul Rambang itu merupakan idea asal ibunya sendiri.

Bagaimanapun, Chubb-E atau Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy berkata dia masih berharap agar babak panas itu ada dalam MV tersebut selain mengaku bahawa keluarganya sentiasa mengetahui apa yang dia lakukan terutama melibatkan kerjaya seni.

“Saya memang berharap babak itu ada dalam MV sebab ia merupakan idea asal. Ibu saya yang memberi idea untuk babak tersebut. Malah ibu juga yang dapatkan model wanita dari Ukraine itu.

“Apa yang saya tunjukkan, yang netizen tak suka ke apa… memang keluarga saya tahu dan saya pun tak akan buat sesuatu yang keluarga tak suka,” katanya.

Terdahulu, tular foto berunsur lucah daripada sedutan MV lagu Chubb-E terbaru berjudul Rambang sehingga mengundang kecaman netizen.

Dalam pada itu, Chubb-E mengakui pihaknya terpaksa membuang babak wanita tersebut memandangkan ia telah mengundang kritikan netizen yang menganggap ia terlalu sensitif.

Menurut Chubb-E, dia menganggap adegan tersebut tidak perlu dijadikan isu memandangkan banyak MV lagu penyanyi rap seperti Caprice dan Joe Flizzow menggunakan konsep yang sama.

“Memang agak sedih bila babak tersebut terpaksa disunting dan dibuang. Ikutkan memang dah rancang untuk jadikan ia salah satu gimik selepas dilancarkan lagu itu.

“Kami rakam MV itu awal bulan Februari lalu sebelum timbulnya isu Zul Ariffin. Bila dah jadi isu, terpaksa la buang. Ikutkan bagi saya, tak ada masalah pun babak itu.

“Sebab saya pun ambil idea dan rujukan daripada MV lama-lama seperti MV lagu Joe Flizzow dan Caprice. Mereka pun ada MV yang memaparkan wanita berpakaian bikini saja.

“Tapi sekarang netizen sensitif cuma bagi saya, kadang-kadang sensitif tak bertempat. Tapi saya pelik, bila babak itu tak ada dalam MV, netizen geram pula. Bila ada, kang kena kecam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya