Alhamdulillah, Allah bukakan hati dia… -Anita Baharom. - Utusan Malaysia

Alhamdulillah, Allah bukakan hati dia… -Anita Baharom.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Anita Baharom, menitipkan kesyukuran kehadrat Ilahi selepas anak lelakinya yang juga pelakon cilik, Mohamad Dhia Iskandar, bersetuju untuk melanjutkan pelajaran di pusat tahfiz.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon filem popular Dunia Baru The Movie itu menerusi entri Instagram miliknya.

“Yang (sayang)… @ismadiismail, Dadar (nama panggilan Dhia) @dhiaiskandar_ofc saya sudah masukkan ke tahfiz.

“Atas kemahuan dan persetujuan Dadar juga. Alhamdulillah, MasyaAllah. Allah bukakan hati dia. Alhamdulillah,” katanya di Instagram.

Mengulas lanjut, Anita turut menitipkan doa yang baik-baik buat anakanda kesayangannya itu agar dapat memberi syafaat buat dirinya dan arwah suami di akhirat kelak.

“Semoga Dadar diterangkan hati dalam menghafal kalam Allah dan terus tersemat di jiwa sanubari. Baik adabnya, baik kelakuan.

“Anak soleh mummy dan daddy penenag, penyejuk serta dapat memberi syafaat buat mummy dan daddy di akhirat kelak.

“Amin Ya Mujib. Semoga awak tenang dan gembira di sana sayang. Rumah sunyi tinggal bertiga, huhu,” coretnya panjang.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet dan rakan artis turut mendoakan agar dipermudahkan segala urusan anaknya di sana.

“Semoga Allah permudahkan segalanya untuk Ita dan anak-anak,” komen penyanyi Sharifah Zarina.

“Amin Ya Allah. Tahniah Ita. Jadi anak soleh ya Dadar sayang,” komen juga penyanyi Syura Badron.

“Dadar anak yang sangat bijak… Insya-Allah, semoga dipermudahkan pembelajaran nanti,” komen pelakon Darling Ngasri.

Sekadar informasi, Anita dan Allahyarham Ismadi mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2006 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Pada awal Januari lepas, suami tercintanya yang juga merupakan pengarah, telah dijemput Ilahi pada 1 Januari 2022 di kediamannya, di Shah Alam akibat penyakit kencing manis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya