Saya akan undur diri, jangan risau - Ahmad Iqbal Zulkefli - Utusan Malaysia

Saya akan undur diri, jangan risau – Ahmad Iqbal Zulkefli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli memaklumkan dia akan mengundur diri di pentas minggu kedua Big Stage 2022, minggu ini.

Perkara tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Hujan itu menerusi entri Instagram miliknya.

Menurut Iqbal, dia menzahirkan rasa sedih apabila ramai yang masih mengecam berhubung penyertaannya dalam rancangan realiti tersebut.

Iqbal bagaimanapun memaafkan kepada semua pihak yang telah menghina dan mengecam dirinya.

“Saya akan undur diri, jangan risau. Untuk minggu kedua nanti adalah minggu terakhir saya berada di pentas Big Stage.

“Biar apa yang terjadi, saya ingin menyelesaikan tanggungjawab sahaja. Sedih, telah pun saya jujurkan namun masih ramai yang menghina.

“Saya maafkan asal semua gembira. Tetapi tidak mengubah pendirian saya untuk berkata jujur,” katanya di Instagram.

Mengulas lanjut, dia turut mengharapkan agar ada yang masih mengundinya di pentas minggu kedua pada Ahad ini tanda ada yang masih memberikan semangat buatnya.

“Berharap kalian semua sudi mengundi di hari persembahan saya nanti.

“Ia sebagai ucapan dan tanda bahawa masih ada yang berikan semangat,” coretnya panjang.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, ruangan komen tersebut dibanjiri pelbagai reaksi warganet berhubung kenyataannya itu.

“Cuba kita menjadi masyarakat yang tidak suka menjatuhkan orang lain kan bagus. Biar lah dengan kehidupan dia. Kita ini fikir kehidupan masing-masing,” komen seorang warganet.

“Kadang kala tidak faham kenapa semua nak menghina dan menyalahkan Iqbal. Apa dia buat semua hina. Tidak baik begitu,” komen pengguna lain.

Sebelum ini, kemunculan usahawan itu dalam program berkenaan, yang menyampaikan lagu Biarlah Bulan Bicara mengundang kecaman ramai.

Rata-ratanya menyifatkan nyanyiannya agak teruk dan tidak layak berada di pentas berprestij itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya