Asheed Def Gab C kritik sikap manusia - Utusan Malaysia

Asheed Def Gab C kritik sikap manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan vokalis kumpulan Def Gab C, Asheed, 49, terbuka andai pendengar dan peminat menganggap lagu terbarunya yang berjudul Baling sebenarnya terarah kepada kritikan sosial.

Menurut Asheed, ketika menghasilkan lagu tersebut, sememangnya ilham datang untuk mengkritik sikap manusia dan ia disalurkan kepada penyampaian lagu tersebut.

“Ada yang kaitkan judul itu dengan tempat kelahiran saya di Baling, Kedah. Ada juga benarnya. Cuma, dari perspektif saya pula, Baling ini adalah gambaran senario industri muzik tanah air secara sinikal.

“Ia berkaitan kritikan sosial terhadap sikap manusia. Macam kata pepatah Melayu, satu jari kita menuding ke arah orang, empat, lima orang akan menuding ke arah kita semula.

“Inilah sikap orang. Dah terkena baru nak terngadah dan berubah,” katanya.

Menurutnya, selepas mendengar demo lagu ini, dia berminat membawa lagu Baling kerana iramanya seiras lagu-lagu rock ‘Santana’.

“Genre ini dah jarang dibawa oleh mana-mana artis pada dekad ini. Respon peminat selepas seminggu dimuatkan di YouTube RSE sangat baik.

“Mereka kata lagu ini agak berlainan dan ada karakter sendiri. Orang dengar sekali pun dah tahu lagu nyanyian saya. Sebenarnya ia tak meniru Santana sangat.

“Kami bukan nak suruh orang bandingkan dengan Santana. Bila saya dapat lagu ini, dalam kepala saya dari awal hingga habis keseluruhan dah tahu macamana nak buat.

“Jadinya muzik Santana hanya sebagai penambahan untuk sedapkan lagu ini. Peminat Def Gab C menantikan lagu ini dan minta saya kembali bersatu dengan anggota lain,” katanya pertengahan tahun lalu telah menghasilkan single berjudul Milik Kita terbitan Rock Stage Entertainment (RSE).

Dalam pada itu, kata Asheed, rakaman lagu ini mengambil masa selama empat bulan serta dibuat di tiga studio berlainan.

Proses adunan (mixing) akhir dibuat di Bakri Music Workshop (BMW) Studio di Sri Rampai Kuala Lumpur.

“Manakala muzik video juga dibuat di lokasi berlainan kerana keterbatasan pergerakan semasa era pandemik ini.

“Studio-studio yang terbabit dalam penghasilan lagu dari segi rakaman muzik dan muzik video ialah Stage War Studio (Subang), Heaven Studio (Pandan Indah) dan BMW Studio (Sri Rampai).

“Saya dan RSE berminat menyokong karya-karya baharu sambil mengetengahkan bakat-bakat komposer baru disamping pembabitan orang lama dalam industri,” katanya.

Selain YouTube RSE, lagu Baling kini berada di semua digital platform seperti Joox, Spotify, Itunes, Deezer, KKbox dan juga Apple Music.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya