Rasanya dah boleh tukar dialog itu…” -Siti Elizad titip dedikasi buat suami. - Utusan Malaysia

Rasanya dah boleh tukar dialog itu…” -Siti Elizad titip dedikasi buat suami.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad mencoretkan dedikasi istimewa buat suami tersayang, Shamsul Baharin Abdul Rahman sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-8.

Menerusi entri Instagram, pelakon drama Cinta Tanpa Henti itu memuat naik beberapa keping gambar bersama suaminya sepanjang mereka melayari bahtera perkahwinan.

“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-8 sayang ku. Saya tiada ucapan panjang untuk awak.

“Sebab setiap kali ulang tahun perkahwinan, mesti saya akan cakap ‘InsyaAllah ulang tahun perkahwinan tahun depan mesti kita bertiga’.

“Rasanya sudah boleh tukar dialog itu. Lapan tahun menanti,” tulisnya di Instagram.

Mengulas lanjut, pasrah reda dengan ketentuan yang sudah ditetapkan Ilahi, pengacara rancangan Mingguan Wanita itu percaya dengan percaturan yang maha esa.

Dia juga sempat meminta agar para pengikutnya di media sosial mendoakan baik-baik buat dirinya dan suami tercinta.

“Percaturan Allah itu lebih baik. Reda dan pasrah. Selamat ulang tahun perkahwinan, selamat bulan madu selamanya. Hanya kita berdua. Doakan kami ya semua,” ujarnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menitipkan ucapan dan mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.

“Selamat ulang tahun yang ke lapan adik ku! Alhamdulillah terus utuh dalam kasih sayang yang erat.

“Semoga Allah memberkati awak pada setiap tahun yang mendatang bersama pasangan. InsyaAllah,” komen Primadona Erra Fazira.

“Selamat ulang tahun perkahwinan kakak saya. Adik Pom doakan segala yabg terbaik buatmu,” komen juga pelakon Elly Mazlein.

Sebelum ini, Siti Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) bagi usaha mendapatkan zuriat sekitar bulan Oktober 2020.

Namun, sudah tertulis belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata selepas dia mengalami keguguran selepas menjalani rawatan berkenaan.

Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu diijab kabulkan pada 11 Januar 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya