Kaya dan popular tidak menjamin adab - Fazley Yaakob - Utusan Malaysia

Kaya dan popular tidak menjamin adab – Fazley Yaakob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kaya dan popular tidak menjamin adab dan tahap intelektual seseorang bukan?”.

Itu reaksi penyanyi dan cef terkenal, Dato Fazley Yaakob berhubung sikap usahawan terkenal, Dato Sri Vida (DSV) yang mendakwa penyanyi Anuar Zain seorang lelaki homoseksual menerusi Instagram Live DSV baru-baru ini.

Jelas penyanyi Asmara Ini itu, setiap dugaan dan ujian yang hadir mempunyai hikmah yang tersendiri agar dapat dijadikan pengajaran buat semua orang.

“Sesetengah daripada kita diduga dengan kemiskinan dan kepayahan hidup agar kita kekal berusaha dan kekal dalam iman walaupun dalam serba kekurangan.

“Sebahagian daripada kita pula diduga dengan kekayaan, kemewahan dan populariti, namun mereka lupa diri dan semudah itu mencari salah orang lain dan melabel orang lain dengan kata-kata yang boleh merosakkan imej seseorang,” jelasnya.

Dalam perkongsian sama di akaun Instagram miliknya, Fazley turut menyatakan rasa simpati terhadap golongan yang suka menggunakan kaedah publisiti kurang bijak dan melayangkan pertanyaan adakah perbuatan tergamak itu boleh dijadikan sebagai ikutan usahawan muda.

“Kasihan insan yang gemar mencari publisiti secara kurang ilmiah dan seperti tiada adab semata-mata untuk mencari rezeki. Elokkah jika dijadikan contoh anak-anak muda yang baru nak belajar menjadi usahawan?

“Kita orang timur, kita seharusnya kekal dengan rasa hormat dan matang di dalam semua keadaan tidak kira dengan sesiapa. Apatah lagi berhadapan dengan insan yang dihormati ramai, malahan mempunyai pelbagai lapisan pengikut.

“Shame on you! (Buat malu diri sendiri) Maaf semakin hilang rasa hormat saya terhadap beliau yang seolah-olah semakin buat tabiat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak livenya yang telah ditangkap layar buruk padahnya,” akhirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.