fbpx

22 Januari 2022, 1:41 am

“Ini bukan saya… lentik saya lain, tak cukur bulu ketiak” -AC Mizal.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara popular, Datuk AC Mizal mencuri perhatian warganet selepas satu video yang merakamkan seorang individu mirip wajahnya, tular di media sosial baru-baru ini.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri pengacara The Masked Singer Malaysia itu menerusi entri Instagram miliknya selepas mengundang tanda tanya ramai pihak.

Menerusi video tular tersebut, dilihat seorang penari lelaki yang memakai singlet rona hitam sedang menari sambil tersenyum iras wajah pengacara tersebut.

“Saya terpanggil untuk menjawab banyak pertanyaan sampai anak sendiri cakap tidak pernah nampak daddy memakai singlet hitam.

“Ini bukan saya, lentik saya lain dan tidak mencukur bulu ketiak okey!” jelasnya di Instagram.

Di samping itu, AC juga sempat berseloroh menerusi coretan panjangnya berhubung isu tersebut.

“Okey siapa yang mengedarkan video ini ha. Saya terpaksa mencari ‘job’ sampingan. Tidak guna ada bakat kalau tidak tonjolkan (b, malam ini saya pakai macam ini okey tak).

“Haha mampus! Dua hari notification tidak berhenti-henti inga tapa, rupanya sudah pecah lubang saya buat kerja tepi.

“Selain dari hos, hebat tak? Demi mencari rezeki… tambah pendapatan,” selorohnya.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, ruangan komen perkongsian berkenaan dibanjiri pelbagai respon lucu daripada warganet dan rakan artis.

“Terima Datuk AC menari untuk persembahan saya. Jangan lupa minggu hadapan ada persembahan lagi,” komen penyanyi Ayu Damit.

“Haha nanti buat kelas menari okey,” komen juga pelakon Fizo Omar.

“Haha dia buat job penari senyap-senyap eh. Banyak betul bakat,” komen seorang warganet lain.

Sekadar informasi, AC Mizal bakal muncul sebagai pengacara kali kedua untuk rancangan The Masked Singer Malaysia musim kedua yang akan ditayangkan di Astro Warna mulai 28 Januari ini.

POPULAR

KOSMO! TERKINI