Kisah pilu Upiak Isil - Utusan Malaysia

Kisah pilu Upiak Isil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KITA bungkus ikat tepi kisah tangisan, Upiak Isil apabila cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob tersingkir di minggu keempat Gegar Vaganza (GV8).

Memang ramai yang memerhati dan kasihan. Mungkin Upiak rasa seperti kehilangan seorang abang yang menjaga dan membantunya sepanjang pertandingan.

Dia pula bukan orang sini, jadi pasti banyak dugaan dan cabaran yang ditempuhi. Baru-baru ini, kecoh apabila Upiak dikatakan berantakan dengan pereka fesyen yang menyediakan busananya sepanjang pertandingan berlangsung.

Poklip tak tahu cerita sebenar tetapi ada isu berkecil hati dan sebagainya. Tidak lama kemudian, ada pula yang menyampai cerita ke Poklip Upiak sebenarnya memang susah dan tidak berduit ketika datang ke Malaysia awal November dahulu.

Dia terkial-kial sendiri. Pihak pengurusan yang dikatakan sepatutnya menjaga dan mengendali Upiak ketika bertanding pun diam membisu.

Poklip pelik juga, tertanyatanya ke mana pergi syarikat pengurusan Upiak sebelum ini? Sudah tamat kontrak atau memang tak mahu ambil tahu tentang Upiak di GV8? Kasihan sungguh Upiak. Dia seperti anak kecil yang kehilangan tempat bergantung.

Nampak gembira namun dalam hati, berkecamuk. Poklip harap pihak produksi GV8 boleh membantu Upiak. Jagalah penyanyi Tak Tun Tuang itu sebaiknya.

Poklip tahu, produksi GV8 sudah menyediakan yang terbaik untuk semua peserta, tahniah! Kepada Upiak, tidak mengapa. Jika si polan tidak mahu menaja baju lagi, tidak usah memujuk rayu.

Pasti ramai lagi pereka fesyen yang hebat-hebat sanggup menaja. Upiak pun budaknya baik. Jangan berdendam dan percaya, Tuhan itu ada untuk kita semua. Semoga berjaya!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.