Denden Gonjales kini vokalis baru kumpulan Search - Utusan Malaysia

Denden Gonjales kini vokalis baru kumpulan Search

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tiada lagi teka-teki, kumpulan Search bersepakat melantik penyanyi kelahiran Indonesia, Denden Gonjales, 38, sebagai vokalis baharu dalam projek kolaborasi antara dua negara.

Menurut Noordin Mohd Taib, semua anggota Search meletakkan keyakinan dan kepercayaan kepada kemampuan Denden untuk membawakan lagu-lagu bernada tinggi, bersesuaian dengan genre muzik kumpulan tersebut.

“Di Indonesia, Denden tidak asing lagi dan pernah bekerjasama dengan penyanyi popular negara itu seperti Inka Christie dan Judika. Malah, dia juga mencuri tumpuan dunia berikutan aksinya dalam program ‘blind audition’ The Voice Bulgaria di mana dia membuat juri terpukau ketika menyanyikan lagu She’s Gone nyanyian asal Steelheart.

“Search memilih dia kerana suaranya dan dia boleh menyanyikan lagu bernada tinggi dan amat sesuai dengan Search.

“Dengan usia yang masih muda iaitu 38 tahun kami yakin dia boleh membawakan lagu-lagu search dengan baik. Usia yang cukup sesuai untuk kemuncak prestasi,” katanya.

Selain Noordin dan Kid di posisi gitar serta Denden sebagai penyanyi, Search juga mengumumkan pemuzik berpengalaman luas iaitu Yan sebagai pemain bass mereka.

Yan atau nama sebenarnya, Amran Marsiman bukanlah asing dengan Search.

Menurut Noordin, Yan pernah menganggotai Search menerusi album pertama, Cinta Buatan Malaysia pada 1985 selain pernah bersama Search dalam album Rampage, Double Trouble (bersama Wings) dan Search 10 Tahun.

Noordin berkata, Yan bersetuju untuk menyertai Search kerana keserasian bersama kumpulan itu.

“Yan memang serasi dengan Search. Dia sudah bermain dalam banyak konsert Search termasuk ketika Search membuat persembahan di New Music Seminar di New York, Amerika Syarikat pada 1991,” katanya.

Selain itu, Search mengekalkan khidmat Pae sebagai pemain dram lantaran sebelum ini pernah diundang bagi menggantikan Allahyarham Yazit Ahmad ketika arwah mula mengalami masalah kesihatan beberapa tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Search juga mengorak langkah dengan membuka kedai Search Rock Station di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur yang mula beroperasi pada 31 Disember 2021.

Menurut Noordin, Search Rock Station adalah kedai yang menjual barangan cenderahati rasmi Search seperti t-shirt, kasut, topi dan pelbagai barangan lain.

“Ia juga menjual alat muzik seperti gitar serta menawarkan proses jual beli gitar di situ. Ada juga gitar milik saya dan Kid yang diletakkan di situ sebagai pameran.

“Ini termasuk pelbagai barangan koleksi peribadi saya dan Kid yang turut dijual dan dipamerkan,” katanya.

Dalam masa sama, Search turut melancarkan laman web rasmi mereka iaitu www.fenomenasearch.com dimana Laman web tersebut dijadikan platform rasmi Search dan segala pengumuman, agenda, perjalanan Search, koleksi jualan Search dan berita-berita mutakhir akan dimuat naik di situ dalam waktu sama ianya juga adalah laluan penghubung untuk segala urusniaga secara rasmi.

Search juga dalam proses penyiapan akaun media sosial seperti Instagram, Facebook dan youtube rasmi mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.