Selamat jalani pembedahan, Alhamdulillah, dah dapat balik - Reen Rahim - Utusan Malaysia

Selamat jalani pembedahan, Alhamdulillah, dah dapat balik – Reen Rahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Reen Rahim selamat menjalani pembedahan kecil di bahagian tulang belakangnya yang dilaporkan berada di kedudukan yang agak senget.

Seterusnya, pelakon filem popular Syif Malam Raya itu juga memaklumkan dirinya sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital swasta.

Namun, Reen memberitahu dirinya memerlukan rehat yang cukup buat masa ini atas sebab kesan sampingan ubat-ubatan.

“Alhamdulillah, sudah dapat balik. Nanti sudah okey sedikit otak, ubat mengantuk dan badan semua dah habis, saya respon semua fasal kerja dan perniagaan okey.

“Esok lah hubungi Reen okey. Saya perlukan rehat sampai habis mabuk,” coretnya ringkas di Instagram.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan doa buat pelakon itu agar diberikan kesihatan yang baik dan kesembuhan seperti sedia kala.

“Sakit pun cantik. Berehat untuk pemulihan yang cepat ya,” komen seorang peminatnya.

“Alhamdulillah sudah balik, jaga diri baik-baik ya Kak Reen,” komen lagi seorang peminatnya.

Sebelum ini, satu video yang dimuat naiknya di entri berkenaan yang memaparkan dirinya sedang dimasukkan ke salah sebuah hospital mengundang rasa risau para peminat dan rakan artis.

Sejurus sahaja memaklumkan mengenai keadaan kesihatannya, dia memohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa berdiam diri dan membatalkan segala perjumpaan mengenai kerja akibat kesakitan yang dialaminya.

Di samping itu, Reen juga mendedahkan masalah tulang belakang yang dialaminya itu berpunca daripada kelakuannya yang lasak sejak kecil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya