Gara-gara dimarahi pengarah, Chicco Jerikho hampir tarik diri - Utusan Malaysia

Gara-gara dimarahi pengarah, Chicco Jerikho hampir tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon tampan, Chicco Jerikho mendedahkan pernah hampir menarik diri daripada bidang lakonan gara-gara dimarahi pengarah.

Lapor portal Liputan6, Chicco, 37, kejadian itu berlaku ketika dia terlibat dalam sinetron Bulan dan Bintang yang turut menampilkan aktres Nikita Willy.

“Saya asyik salah ketika berlakon, sehingga dimarahi pengarah. Padahal dialognya sedikit sahaja.

“Sampaikan saya berkata kepada diri sendiri ‘saya tidak boleh melakukannya’,” katanya.

Chicco berkongsi pengalaman itu ketika menjadi tetamu undangan dalam sebuah program di saluran Youtube pengacara Daniel Mananta.

Dalam pada itu, pelakon asal Jakarta ini turut menceritakan pengalamannya berdepan penolakan gara-gara masih baru dalam dunia lakonan.

“Saya belajar asas lakonan bersama Allahyarham Didi Pepet. Dia adalah orang yang banyak mengajar saya tentang bidang ini.

“Setelah itu, saya cuba untuk menghadiri uji bakat. Bukan mudah, penolakan demi penolakan saya hadapi.

“Ada yang berkata saya tidak pandai berlakon. Fasa-fasa itu membuat saya tertekan,” ceritanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya