Dua kali lafaz, Haqiem Rusli sah jadi suami Anis Soefa - Utusan Malaysia

Dua kali lafaz, Haqiem Rusli sah jadi suami Anis Soefa

Haqiem Rusli dan pasangannya, Anis Sofea selamat bergelar suami isteri pada pukul 3.40 petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA : Dengan dua lafaz, penyanyi, Haqiem Rusli sah menjadi suami kepada gadis pilihannya iaitu Anis Sofea, 19, di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, di sini pada pukul 3.40 petang tadi.

Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zamzuri Ruslan, bersaksikan keluarga dan kenalan rapat mereka.

Bersyukur acara akad nikah berjalan dengan lancar, Haqiem Rusli atau nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli berkata, Anis di matanya sudah cukup sempurna selain memiliki sikap lemah-lembut serta keterampilan isterinya itu menambat hati.

“Dia amat sempurna buat saya, dan saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan keterampilan dia yang telah menambat hati saya untuk memilikinya,” katanya.

Pasangan bagai pinang dibelah dua ini telah menjalin percintaan sejak dua tahun lepas dan berkenalan semasa menjalankan urusan perniagaan mereka.

Dalam pada itu, Anis Sofea mendedahkan hatinya terpikat dengan sifat suaminya penyayang dan seorang yang bertanggungjawab serta mempunyai cita-cita yang tinggi.

“Sifatnya yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan berbudi pekerti menjadikan saya jatuh hati kepadanya,” ujarnya

Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, selain lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada Anis atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

Pasangan tersebut memilih untuk mengadakan majlis resepsi secara tertutup bertemakan Wedding in the Sky atau Raikan Cinta di Langit Asmara bertempat di SkyGlass Cyberjaya.

Dekorasi majlis yang diberikan nama The SOFEA berinspirasikan Floral Garden bagaikan taman di kayangan dalam rona pastel merupakan ilham dan sentuhan daripada Primadona Events atas pemintaan Anis Sofea yang minat kepada fesyen dan drama Korea.

Pasangan meragakan rekaan busana yang direka khas oleh pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini dan Razman Razmi bagi majlis indah ini.

Turut meraikan detik bersejarah pasangan ini, HABIB Jewels, jenama barang kemas tempatan menyerikan pasangan dengan aksesori berlian dan barangan kemas bernilai RM5 juta bagi kedua-dua majlis.

Haqiem memberikan cincin berlian Hearts of Fire yang merupakan berlian terbaik dunia menjadi pilihan kedua mempelai dan nilai keseluruhan majlis perkahwinan dianggarkan lebih RM7 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya