Dolly Parton disekat di Tik Tok - Utusan Malaysia

Dolly Parton disekat di Tik Tok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Baru sahaja beberapa jam membuka akaun media sosial, Tik Tok, penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu Country, Dolly Parton, 76, terpaksa berdepan dengan situasi pelik apabila akaun tersebut tiba-tiba disekat.

Penyanyi bersuara emas tersebut membuka akaun menggunapakai nama @itsDollyParton kelmarin dengan jumlah pengikut yang sempat diraih ketika itu kira-kira 680,000 pengguna.

Bagaimanapun, Dolly sempat memuat naik sebuah video ringkas yang menyaksikan dirinya mengucapkan salam perkenalan kepada pengikut-pengikut sebelum akaun itu disekat.

“Hello, saya kini di Tik Tok! Saya cuma ingin mengatakan bahawa semuanya akan okay,”katanya sebelum mula menghadiahkan pengikut dengan sebuah lagu sambil tersenyum.

Ramai mula merasa pelik kerana video tersebut didakwa oleh pihak Tik Tok dan terpaksa disekat kerana ia dikatakan melanggar garis panduan komuniti.

Antara komen-komen yang diraih menerusi pelbagai platform media sosial menyaksikan ramai peminat dan pengikutnya kecewa dengan tindakan pengurusan aplikasi Tik Tok itu.

“Mengapa Dolly Parton disekat di Tik Tok?”

“Ada pelbagai perkara merepek yang saya dan pengguna media sosial pernah laporkan kepada pihak pengurusan Tik Tok, tapi mereka memilih untuk menyekat artis kebanggaan Amerika Syarikat (AS) , Dolly Parton?” tulis seorang pengguna.

“Dolly Parton, maaf kerana Tik Tok telah menyekat akaun anda tanpa sebab. Saya masih menyokong anda,”tulis seorang lagi pengguna.

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, pihak Tik Tok tampil menjelaskan bahawa akaun tersebut merupakan akaun palsu dan telah dikendalikan oleh seorang individu yang tidak meminta kebenaran daripada penyanyi tersebut.

Menerusi akaun Instagram, Dolly meraih 4.4 juta pengikut manakala seramai 5.2 juta pengguna menjadi pengikutnya di platform Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya